Sabtu, 1 Mac 2014

Wanita Oh Wanita

Bismillahirohmaanirrohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi meminjamkan saya usia untuk menjalani kehidupan harian.

Seminggu tak menulis entri, saya rasa rindu untuk menulis. Menunggu masa untuk sedikit sihat dan berfikir apa entri yang saya hendak kongsikan bersama anda. Mungkin kali ini saya tidak akan kongsi cara menjahit tetapi mengenai saat-saat menghadapi bagaimana rasanya bila kita bangun sahaja perut kita telah pun di jahit.

Hari Rabu 19hb feb lepas saya telah di masukkan dalam wad pakar sebuah hospital kerajaan. Jam7 malam saya di beri minum sejenis ubat untuk membersihkan usus. Sepanjang malam saya ulang alik pergi ke tandas. Pada jam12 tengah malam saya dah di arahkan untuk berpuasa. Awal pagi saya dikejutkan untuk mandi dan menukar baju bedah. Pada jam 8 pagi saya di bawa ke wad bedah. Sepanjang masa yang ada sebelum proses di bedah saya tak henti-henti berzikir, istigfar kerana tiada mustahil bagi Allah jika perkara yang kecil pun boleh di jadikan sebab musebab bagi kematian seseorang. Sampai di bilik bedah saya di kerumuni oleh beberapa doktor dan pembantu pakar bedah. Seorang doktor memperkenal kan diri sebagai doktor bius, sementara seseorang sedang menyuntik sesuatu ke dalam jarum yang sedia mereka tinggalkan di tangan saya. Manakala yang lain meletakkan beberapa wayar di dada dan meletakkan alat pernafasan ke mulut saya dan mengarahkan saya menarik nafas. Dalam hati saya Subhanallah, Allahuakbar. Selepas itu saya tak sedar.

Saya terjaga setelah seseorang menepuk-nepuk bahu saya. Puan, bangun puan..dah selesai. Perut saya terasa pedih sedikit. Tetapi tiba-tiba saya merasa kesejukan dan merasa sukar untuk bernafas. Saya mengerang kesejukan dan doktor bertanya kenapa, dan mereka menyelimuti saya. Saya di bawa ke wad semula. Kali ini saya di pindah kan ke wad . Saya tertidur keletihan dan mungkin kerana ubat bius yang masih ada. Saya terjaga, dan melihat suami duduk menanti saya sedar. Suami tanya ok ke?..Saya angguk perlahan. beberapa jam kemudian saya merasa tiba-tiba sejuk dan sangat sukar bernafas. Bila bernafas dada saya sangat sakit lebih daripada sakit di tempat yang di bedah. Saya memegang kuat leher suami dan memberitahu susah bernafas. Dua orang jururawat dan seorang doktor muda lelaki berbangsa cina datang. Doktor lelaki bertanya , kenapa puan?.. dengan nada yang kuat. Saya menjawab dengan perlahan. Manalah dia dengar, saya nak bernafas pun dada sakit apa lagi nak bercakap kuat. Doktor tersebut tanya lagi, saya menjawab dengan kuat. Terus dia diam. Kalau lah doktor tu faham bagaimana sakitnya kita, apalah salahnya kalau tak dengar letak lah telinga tu dekat dengan mulut pesakit baru dengar. Kan dah kena jerit dengan pesakit. Tak taulah kalau ada pesakit yang pura-pura sakit. Selepas seorang jururawat menghampiri saya dan meminta saya bernafas cara menarik perlahan-lahan barulah saya rasa sedikit selesa walaupun dada masih lagi sakit bila bernafas.

Saya masih lagi tidak di beri makan apa-apa. Saya hanya boleh minum air sedikit. Setelah suami balik barulah doktor memberitahu bahawa saya hanya boleh minum air Milo dan susu soya tetapi minum secara sedikit. Saya hanya meminum air kosong kerana Milo dan susu soya tidak ada. Suami tidak beli kan kerana masa itu belum diberitahu oleh doktor. Saya bertanya pada seorang jururawat, tak ada ke yang boleh tolong beli kan. Jururawat meminta maaf kerana tidak dapat membantu. Maknanya saya kenalah menahan lapar. Malamnya doktor datang bertanya khabar dan bertanya dah makan ke?...saya kata belum, tak ada apa nak minum hanya minum air kosong. Kena tunggu suami datang jam4 petang untuk hantar kerana bertugas pagi dan malam hari tersebut. Doktor terkejut, kenapa tak ada, kan hospital ada. Tetapi saya tidak diberi apa-apa. Hinggalah pada makan tengahari saya diberi makan bubur. Barulah saya rasa bertenaga. Maknanya saya berpuasa dari jm12 malam Rabu hinggalah jm11  am Jumaat. Hanya minum air kosong.

Beginilah rasanya keadaan di hospital. Nak kata mereka terlupa..entah lah. Mungkin mereka sibuk dengan kerja sehingga lupa pada keperluan yang sepatutnya pesakit kena perolehi. Bukan itu sahaja setelah bertukar shiff, seorang jururawat bertanya khabar, saya kata alhamdulillah ok sedikit. Di bandingkan semalam susah bernafas. Apa yang mengejutkan dia bertanya, puan dapat tak alat bernafas seperti pesakit depan tu. Saya kata tidak. Dia lantas memberi dan mengajar cara menggunakan supaya bila terbiasa bernafas dada tak sakit. Cara ini adalah supaya paru-paru akan kembang.

Jadi kenapa semua itu berlaku. Adakah kerana???...tapi saya tidak mahu berburuk sangka kepada mereka kerana hanya beberapa sahaja perkara yang tidak memuaskan hati. Mereka juga manusia biasa. Mungkin Allah hendak menduga saja. Alhamdulillah dipanjangkan usia ini pun sangat-sangat bersyukur. Malah ramai di antara petugas yang sangat-sangat memberi kerjasama dan sangat-sangat best  layanan.

Hari ketiga pagi ,tiub kencing dibuka, tinggal lagi jarum yang bertampal di dada untuk ubat bius, dan di tangan untuk air, tiub getah darah yang bercantum di perut. Cuma boleh sedikit berjalan sendiri ke tandas. Bila saya memberanikan diri melihat perut, masyaallah. Ada tiga lubang yang ditebuk untuk memasukkan teropong untuk melihat cyst sebesar sabun. Oleh kerana tidak kelihatan cyst tersebut, mereka membedah perut untuk mengeluarkan cyst tersebut tetapi malangnya pecah dan mereka kenalah mencucinya. Apa yang saya di beritahu, cyst tersebut di buang dengan cara mengikis kantung tersebut dari melekat dinding kulit.
Dan apa yang saya lihat luka-luka tersebut di jahit menggunakan tangsi putih yang mudah reput yang akan menjadi daging kita.

Hari keempat barulah satu persatu yang bercantum dibuka dan saya di benarkan untuk balik. Walaupun berjalan seperti orang baru bersalin. Alhamdulillah syukur sangat-sangat semuanya dipermudah kan.

Oooo begitu rupanya...selama ini bila sakit saya hanya tahan walaupun seringkali pengsan bila sakit. Tapi kehendak Allah bila jodoh dengan pekerja hospital kenalah pergi. Di bandingkan dengan pesakit yang lain, saya rasa sakit saya tidaklah seberapa dengan mereka. Ramai wanita yang mempunyai penyakit yang lagi besar dari saya. Kerana itu saya sangat bersyukur kerana pengalaman ini sangat memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Ya Allah permudahkanlah wanita-wanita yang engkau berikan nikmat kesakitan dengan pahala yang hanya Engkau yang mengetahui, untuk mereka menghadapinya. Aamiin.

Terima kasih pada suami yang susah senang bersama saya, terima kasih kepada semua petugas hospital yang melayan, membantu, menghiburkan dan sebagainya. Terima kasih Ya Allah.


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...