Alhamdulillah rezeki kalian lah, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi ilmu. Bagaimana nak jahit baju melayu cara mudah. Inilah gambar baju melayu suami, potong kain pagi, terus jahit, lepas zohor siap. Bagi kita yang tak berapa terror nak menjahit ni, kira oklah kan?..
Langkah Pertama:
Mula-mula potong kain untuk badan baju dan buatkan leher mengikut ukuran. Gunting panjang sedikit kira-kira 7 inci kebawah dada. Kita siapkan dahulu bahagian leher. Ukur keliling leher, kemudian buatkan kain untuk koller leher. Buatkan juga untuk bahagian dada. Jahit bahagian bawah dada dahulu baru bahagian atas. Lihat gambar dibawah, bahagian bawah kecil sedikit lebih kurang lebar 1 inci panjang 7 inci, bahagian atas atau luar lebih kurang 1.6 hun, tak sampai 2 inci dan panjangnya kira-kira 8 1/2 inci. Selepas anda jahit bahagian ini barulah jahit koller atas pula. Pin dahulu barulah jahit ye...Maaflah sebab lupa ambil gambar masa ini. Insyaallah akan datang saya buatkan untuk anda. Anda boleh cari cara mencantum coller dalam ruang entry terdahulu saya.
Langkah kedua:
Lihat bahagian dalam baju ini setelah dijahit. Bahagian dalam ( kecil) pendek dari yang atas kan?..
Langkah ketiga:
Tanda dahulu tempat anda jahit untuk buat lubang butang ye. Sila lihat cara jahit lubang butang dalam entri yang lepas.
Langkah keempat:
Setelah siap buat lubang butang, anda boleh tanda tempat untuk letak poket pula. Caranya ambil baju contoh yang dah siap..baju anak ke..ukur dari bahu ke poket atas. Kemudian Ukur dari tepi bahagian pesak ke poket dan dari poket ke leher. Harap-harap anda fahamlah. Begitu juga cara mengukur poket di bawah.
Langkah kelima:
Poket mestilah sama ukuran dengan poket baju contoh. Garis dahulu kemudian barulah anda seterika. Mudah sedikit ketika jahit di badan baju.
Langkah keenam:
Pinkan dahulu semua poket di tempat yang anda tanda tadi barulah anda jahit.
Langkah ketujuh:
Setelah siap jahit poket barulah cantum bahagian pesak, kekek dan tangan hingga siap.
Langkah kelapan:
dah siap bolehlah pasang butang...lari pula warna butang ni dari warna baju..he...hanya ini sahaja butang yang ada kat umah. Suami pakai kali ni selesa sedikit bahagian leher. Walaupun tak berapa kemas jahitannya. Maklumlah jari kita ini kurang mahir, ditambah lagi mesin jahit yang dah makin uzur. Macam nak minta beli yang baru pula. Apapun mesin inilah banyak buat jasa, pendapatan yang saya guna bantu keluarga, malah di simpan untuk digunakan balik ke kampung. Memang berbaloi...he...
Cubalah...kita jumpa dalam entri lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan