Isnin, 7 Julai 2014

Lubang Butang Baju

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah kita masih lagi di panjangkan umur menjalani bulan yang penuh rahmat ini iaitu Bulan Ramadhan. Semoga kita dipermudahkan melakukan amal ibadat dan diterima Allah. Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana cara membuat lubang baju kemeja atau baju melayu dan sebagainya. Gambar dibawah ini adalah baju melayu suami dan terlupa ambi gambar dari mula.


Langkah pertama:

Sebelum jahit, pastikan kita tanda dahulu tempat yang kita jahit. Pastikan juga kita mengganti tapak jarum ketika menjahit lubang tersebut ye.


















Langkah kedua:

Lepas dijahit semua butang tersebut barulah kita tebuk. Lihat gambar dibawah. Berhati-hati ketika menebuk, jangan terlebih tebuk lebih dari benang hujung, nanti butang terkeluar pula sebab lubang butang besar. Tebuk kecil dahulu, jika butang tak muat baru tebuk sedikit lagi, tebuk muat-muat untuk butang ye.


















Siap pun Butang baju melayu ni. Selalunya ketika menjahit kemeja, baju melayu atau apa-apa jenis baju, saya lebih suka siapkan dahulu bahagian leher. Ini memudahkan kita menjahit sebab masih belum bercantum dengan tangan dan sebagainya.

















Selamat mencuba....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...