Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana saya masih lagi dapat bersua dengan rakan-rakan blogger di laman ini.
Angan-angan untuk projek baru, setelah berbincang dengan majikan Albagdadi, saya meminta teman suami ke Jekal untuk mencari kain Lecra tudung sekolah. Sebelum ke Jekal, saya menghubungi pihak Jekal Johor area Angsana untuk bertanyakan sama ada stok kain masih ada. Alhamdulillah ada stok. Segulung mempunyai 68 meter.
Semoga projek ini berjalan dengan lancar. Sesiapa yang berminat untuk membeli secara borong sila rujuk harga di bawah:
Jenis Tudung:
Ber awning lembut. Awningnya bukan dari pengeras tetapi kain tudung di lipat dua menjadi awning. Sila lihat gambar.
Belian sehelai Rm8
Belian secara borong:
Saiz S = 10 helai ke atas Rm6 sehelai ( tidak termasuk pos )
Saiz M = 10 helai ke atas Rm6 sehelai ( tidak termasuk pos )
Saiz L = 10 helai ke atas Rm7 sehelai ( tidak termasuk pos )
Saiz XL = 10 helai ke atas Rm8 sehelai ( tidak termasuk pos)
Pm jika berminat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan