Jumaat, 29 Mei 2015

Baju Pemplum


Assalamualaikum semua...dan salam sejahtera.

Beberapa hari ini masa rasa sangat terhad dengan urusan seperti biasa. Kain berlambak untuk di jahit. Nampak gayanya pengambilan tempahan sudah di tutup. Ramai juga tukang-tukang jahit yang mula menolak tempahan hari raya. Siapa yang lambat gamaknya kenalah beli yang dah siap. Namun bagi mereka yang ada masa dan ingin mencuba sesuatu yang baru bolehlah try-try buat macam yang saya buat ini.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam jahitan kerana saya suka tengok dan buat. Contohnya ada seorang costemer yang meminta saya jahitkan baju seperti di bawah ini. Memandangkan saya tidak pernah belajar mahupun jahit baju sedemikian maka saya memintanya beri contoh. Bila belek-belek saja rasa boleh maka saya terimalah untuk dijadikan bahan percubaan patern ini. Lihat saja gambar dibawah. Jom...tengok.

Baju contoh.






Saya hanya tekap di kertas, kemudian tanda dengan pensel warna barulah gunting.






Dah siap gunting. Bahagian atas bentuk u itu adalah ukuran pinggang kita. Ukuran hendaklah sama dengan kertas untuk badan di bahagian pinggang.






Lipat kain dulu barulah tekap kertas dan gunting. Jangan lupa basi jahitan tau.






Kemudian gunting. Buat dua ye..untuk depan dan belakang. ( ini bentuk pemplum )






Yang ini untuk badan. Harap anda telah belajar cara ukur badan. Bahu kiri ke kanan, bahu ke pinggang, keliling dada dan keliling ketiak untuk tangan dan keliling pinggang.






Ha...gambaran setelah di cantum bahagian badan dan kain pemplum ( bawah ). ( Sila cantum bahagian bahu dulu, barulah buat lubang leher. setelah siap tebuk bahagian leher barulah senang anda jahit tangan terus ke badan ). Harap anda faham le...







Dah pun siap. Upah hanya rm20.00 sahaja...murah kan?..lagipun jahit di rumah sahaja. Kalau kedai tak ada le murah macam tu kan...dapat jahit sendiri lagilah jimat...he..





Jadi bagi anda yang macam saya yang baru belajar ni...CUBALAH....mana tau cara ini membantu anda ye...

SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...