Assalamualaikum semua dan salam satu malaysia...
Lama menyepikan diri. Balik dari kampung, tak sabar untuk menulis entri. Menjadi kebiasaan diri, bila balik kampung sahaja mesti Laman ini lama menyepi. Bukan apa, bila balik kampung kalau boleh biar sentiasa dengan keluarga tersayang. Maklumlah setahun hanya sekali sahaja dapat balik kerana si abang berstatus kerja makan gaji.
Kali ini saya bawa anda untuk mengunjungi Pulau Manukan.
Awal pagi jam 6.30 am, turun dari Hotel untuk sarapan roti canai di Restoren mamak. Lepas sarapan kami membawa kaki mencari tempat untuk membeli tiket Bot ke Pulau. Penat juga kaki berjalan, maklumlah tidak ada perancangan. Saya sendiri walaupun orang Sabah namun banyak tempat menarik yang belum lagi di kunjungi. Memang rugi kan?...
Gambar di atas
Rupanya inilah tempat untuk membeli tiket ke Labuan, Pulau Sapi, Manukan, Mamutik dan sebagainya. Kami memilih dua tempat iaitu Pulau Mamutik dan Pulau Manukan yang berharga Rm80 untuk dua orang pergi dan balik. Bila tiba di gerbang masuk kawasan Pulau tersebut kena bayar Rm3 seorang.
Pulau Manukan lebih luas dan cantik. Pelancong dari Malaysia dan luar Negara China, Korea dan Jepun juga ramai kelihatan ketika itu. Mereka memilih untuk menyelam dan Snockling. Memang seronok. Maaflah gambar ini nampak kelihatan seperti tidak ada orang ( Faham-faham jelah "aurat " ). Pada mulanya bot menghantar jika ada sesiapa ke Pulau Mamutik dahulu. Ketika kami tiba di Pulau Mamutik terasa bosan pula kerana kami tidak membawa apa-apa peralatan untuk mandi. Kami menghubungi pihak tertentu untuk menaiki bot seterusnya ke Pulau Manukan.
Airnya yang jernih. Memang best kalau dapat mandi. Kesihan si suami tak dapat mandi. Kononnya hanya sekadar jalan sahaja. Memandang dengan perasaan kecewa...
Bagi mereka yang ingin ke sana, silalah bawa bekal dan siapkan diri dengan pakaian untuk mandi. Ini kerana semua tempat makanan sangat mahal dan begitu juga dengan pakaian yang dijual. Seluar pendek untuk lelaki Rm39.90 satu, begitu juga dengan seluar panjang.
Makan di sebuah Restoren. Order Tomyam seefood, dua pinggan nasi putih air mineral botol kecil dan pencuci mulut puding kelapa.
Inilah harganya. Suami kata takpelah bukannya selalu. Saya geleng sahaja. Rasa makanan pula biasa-biasa sahaja.
Insyallah jika ada rezeki dan masa pasti kunjungi tempat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan