Selasa, 9 Jun 2015

Sayang Kinabalu

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam buat semua...

Hari Jumaat 5hb Jun 2015, minggu pertama yang lepas telah mengejutkan penduduk Sabah malah seluruh dunia. Peristiwa ini telah mengorbankan banyak nyawa. 

Awal pagi ketika jam 8am saya telah menerima panggilan telipon dari seorang adik saya. Pada mulanya saya tidak mengambil berat tentang gempa tersebut kerana Ranau pernah beberapa kali di timpa Gempa. Namun saya teringin juga mendengar cerita dari kampung. 

Menurut kakak, kali ini Gempa sangat kuat. banyak bangunan dan kedai sekitar Pekan mengalami kerosakan. Selang beberapa minit saya whatsap abang untuk bertanyakan keadaan mereka. Ini kerana abang sekeluarga tinggal di sekitar Pekan Ranau. Saya amat terkejut apabila abang tunjukkan beberapa gambar Masjid Pekan Ranau dan beberapa almari tumbang di dalam rumah mereka. Melihat gambar tersebut barulah saya sedar bahawa Gempa kali ini sangat kuat.

Sekitar beberapa minit barulah saya melihat berita mengenai Gempa tersebut. Barulah saya tahu bahawa ada bahagian kawasan Gunung tersebut telah runtuh. Lantas saya teringat keluarga suami adik saya sering menjadi Malim gunung. Malah adik saya sendiri kerap kali pergi ke sana. Namun kerisauan saya lega setelah di beritahu mereka tidak ke sana ketika peristiwa tersebut. Malah beberapa saudara suaminya telah pergi ke sana namun mereka telah turun dari puncak pada hari Khamis.

Menurut cerita kakak, ketika kejadian berlaku dia dan anak bongsunya yang berumur 12 tahun berada di anjung rumah. Tiba-tiba bunyi kuat bermula di bahagian dapur barulah ke anjung rumah. Bunyi dan gegaran tersebut mengalir seperti ombak. Mereka berdua berpelukan, manakala anaknya yang seorang masih tidur di kusyen telah terjatuh. Ayam dan anjing di luar rumah berlari ke bawah rumah yang berdekatan untuk berlindung. Begitu juga jeritan suara jiran kiri kanan kerana terkejut. Saya bayangkan sendiri, kampung kami yang begitu jauh dari kaki gunung begitu terasa kesannya dengan gempa tersebut, inikan pula mereka yang berada berdekatan dengan Gunung tersebut.




Apapun semangat para Malim Gunung yang bertungkus lumus membawa para pendaki turun dari puncak gunung sangat menjadi satu contoh tanggungjawab dan sifat mulia yang sangat-sangat mulia dan dijadikan contoh kepada kita yang bernama manusia. 

"TABIK TUAN MALIM GUNUNG"

Salam Takziah pada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...