Secara kebetulannya, bila suami pindah di Ipoh Cawangan Pejabat SSM berdekatan dengan tempat kerja suami. Saya pula mengambil kesempatan untuk mendaftar kan perniagaan yang tidak seberapa ini. Mungkin ramai yang tertanya apa yang hendak disediakan jika hendak mendaftar kan diri.
Pertama: Sila bawa fotostat Ic anda. Sekeping sahaja dan sediakan wang pendaftaran Rm70.60
Kedua: Minta borang untuk daftar perniagaan, samada secara langsung ataupun atas talian di kaunter.
Ketiga: Isikan borang hanya di tempat yang berkenaan. Sila lihat cara-cara mengisi di gambar yang di sediakan di hadapan anda.
Keempat: Sila ambil No di kaunter.
Kelima : Tunggu no anda di panggil. Pegawai akan daftarkan jenis perniagaan anda mengikut apa yang anda catat.
Keenam: Pegawai akan arahkan kita ke kaunter lain untuk menunggu sijil kita siap.
Ketujuh: Pegawai panggil dan serahkan sijil.
Selesai......boleh balik...
Dah siap tu, kita pandai-pandai le nak jaga dan jangan lupa tiap tahun kena perbaharui. Kata pegawai tersebut, kita boleh perbaharui sijil ini di mana-man kuanter BSN yang berdekatan dengan alamat perniagaan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan