Isnin, 14 Mac 2016

Bersabarlah Pahala Buat Mu

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk meneruskan rutin harian, walaupun mungkin situasi yang berlainan.

Kali ini saya bukan ingin berkongsi tentang ilmu jahitan. Kebelakangan ini saya jarang membuka FB saya. Bukan apa, kadang terasa boring dengan komen yang tidak berfaedah. Apatah lagi soal mengata, soal strees dan macam-macam lagi. 

Sebagai hamba Allah yang bergelar wanita, saya merasa kagum pada kaum wanita terutamanya, kerana mampu kuat berdiri walaupun dibebani dengan pelbagai masalah.  Strees dengan keadaan tempat kerja, balik dengan kerenah anak-anak dan di tambah pula dengan perangai suami yang bertambah pelik akhir-akhir ini. Soalnya..mana ada manusia yang lari dari masalah. Samada masalah itu besar mahupun  kecil. Rata-ratanya wanita menjadi mangsa bila timbulnya satu masalah dan sering di persalahkan. 

Ketika saya sedih saya akan berfikir, ramai lagi di luar sana yang di uji dengan ujian yang lebih besar. Malah setiap hamba, Allah berikan ujian mengikut kemampuan hambaNya.

Ada wanita yang kahwin awal dapat pula anak ramai, bila usia perkahwinan lebih 15 tahun, mulalah si suami balik lewat, ada perempuan lain dan sebagainya. Isteri tidak pandai jaga makan pakai suami. Bentuk badan isteri dah berisi, dulu pinggang 25 inci sekarang dah 40 inci. dulu muka licin sekarang dah berkedut dah bejaragat. Akhirnya si suami kahwin lain. Dulu sebelum kahwin lain dapat lah bagi isteri tua rm1500 sebulan, almaklum anak ramai. Lepas kahwin bini kedua, hanya bagi isteri tua rm500 sebulan. Terpaksalah isteri tua kerja hingga lewat malam untuk menampung kos hidup. Itu pun alhamdulillah isteri tua tinggal dengan mak kandung ada juga yang tolong jaga anak-anak. Suami pula sebulan 3 x saja balik rumah.

Kes lain pula, Isteri belum mengandung walaupun sudah 10 tahun berkahwin. Bila isteri izinkan suami kahwin lain kerana inginkan suaminya mempunyai zuriat. Bila suami dah kahwin dapat anak dengan bini baru akhirnya isteri tua di cerai. Nau'zubillah.

Kes lain. Suami kata out station, ada kerja di luar, walaupun isteri tengah sarat mengandung. Berapa hari isteri dapat panggilan mengatakan suami terlibat dalam kemalangan dan maut bersama isteri yang baru di nikahi. Allahuakbar.

Kes lain. Bila wanita kahwin lewat, ramai yang mengata, malah memandang serong dengan memanggil andartu. Ramai juga yang dah kahwin malah belum di kurnia kan anak, walaupun sudah pelbagai cara di gunakan. Ini juga di jadikan bahan bualan.

Sebagai manusia kita hanya merancang namun segalanya ketentuan Yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu bersabar dan berdoa agar rumah tangga kekal hingga ke Jannah. Cubalah didik diri kita untuk menerima takdir, kerana segala yang kita ada ini hanya di pinjamkan. Maknanya bila-bila sahaja akan di ambil dengan pelbagai cara. Semoga kita kuat menghadapi dengan sabar dan menganggap musibah itu ada hikmahnya. Aamiin.

Bersabarlah wahai Wanita PAHALA buatMU. Wallahua'lam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...