Selasa, 22 Mac 2016

Perancangan Kewangan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat hingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah.

Kali ini hanya sekadar untuk berkongsi dan merasa syukur dengan apa yang Allah pinjamkan.

Perancangan ini suami saya yang buat. Saya hanya membantu untuk jayakan sahaja. Alhamdulillah setekat ini kelihatan juga apa yang di usahakan oleh suami.

Minatnya mengikuti kursus pengurusan kewangan malah banyak membeli buku terutamanya majalah berkaitan dengan usahawan dan hartanah.

Pembukaan buku bank untuk memudahkan pengasingan keperluan jangka pendek mahupun jangka panjang. Apatah lagi jika ada kemahuan untuk berhenti dari kerja kenalah ada.

1. Simpanan 6 bulan gaji.
2. Semua hutang bank dan kereta telah habis bayar.
3. Mempunyai rumah sendiri
4. Ada perniagaan

Namun begini lah lumrahnya hidup. Bila kita menyimpan dan sanggup hidup bersederhana, apa yang kita simpan asyik pula berkurangan. Kadang-kadang bila keluarga dalam masalah mereka akan meminta pinjam. Tak bagi kesihan pula. Lagi pun membantu orang itu pahalanya besar, apatah lagi keluarga sendiri.

Apa yang penting kita usaha. Suami kata kita hanya merancang, apa lagi kehidupan sekarang semuanya perlukan wang dan nilai wang sudah semakin susut. Bukan untuk menjadi orang kaya yang bakhil dan bangga diri. Tapi hidup sekurang-kurangnya dari segi kewangan kita tidak meminta pertolongan orang lain.

Moga apa sahaja usaha dan niat kita yang baik di permudahkan Allah. Aamiin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...