Sabtu, 15 Februari 2014

Kelas Asas Blog

Bismillahirohmannirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SAYA DAH BELAJAR ANDA BILA LAGI?..


Pakej 1

















Dengan pakej RM150 ini protege bakal mendapat e book Belajar Asas Blog sebagai BONUS.

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.



Pakej 2

















Dengan pakej RM180 ini protege bakal mendapat e book :
  •  Belajar Asas Blog 
  • Super Wahm Super Mom
  • Panduan Mula Bisnes Butik
sebagai BONUS.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.




Pakej 3


Dengan pakej RM200  ini protege bakal mendapat e book :
  •  Belajar Asas Blog 
  • Super Wahm Super Mom
  • Panduan Mula Bisnes Butik
  • 101 Idea Home-Based Bisnes
sebagai BONUS.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.




Pakej 4


Dengan pakej RM300 ini protege bakal mendapat e book :
  • Belajar Asas Blog 
  • Super Wahm Super Mom
  • Panduan Mula Bisnes Butik
  • 101 Idea Home-Based Bisnes
sebagai BONUS.
dan BONUS TAMBAHAN : KELAS URUS AKAUN SECARA PERCUMA!
 
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.



JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA.



Rabu, 12 Februari 2014

Menjahit Tanpa Mesin Jahit

Bismillahirohmaanirrohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah ke anda menjahit baju tanpa menggunakan mesin jahit? Jika pernah anda memang hebat.


Dijadikan cerita.

Semasa belajar di sebuah kolej, saya pernah menjahit jubah dan blouse untuk di pakai ke kuliah yang saya jahit sepenuhnya menggunakan jarum tangan. Sebagai pelajar mestilah ada baju yang baru untuk dipakai ke kuliah sekurang-kurangnya, tak adalah asyik pakai baju yang sama. Nak beli baju baru apatah lagi dua tiga pasang memang tak mampu, kerana banyak perkara yang lebih di utamakan. 


Dengan ada asas menjahit, saya pergi membeli kain ela, gunting, tali ukur, benang dan jarum tangan. Haaa...saya potong kain tersebut dan jahit dengan menggunakan jarum tangan sahaja. Alhamdulillah siap juga beberapa pasang baju baru. Bayangkan jubah semeter rm2.50 x 3 meter = Rm7.50. Wah! 
Jimatkan?Kedai kain banyak jualan murah, contohnya Nagoya.  Malah ada pelajar minta ajar, dan ramai juga yang tak percaya baju yang saya pakai itu di jahit dengan tangan sepenuhnya. Apatah lagi jika kita kreatif tambah manik atau sebagainya. 

Tujuan saya kongsi cerita ini hanya ingin memberi ruang agar anda dapat idea menjahit tanpa mesin jahit. Hidup pula ada yang mampu dan tidak mampu untuk memiliki apa yang di ingini. Jadi apa salahnya kita buat ikut kemampuan, jika kita ada ilmu insyaallah kita boleh lakukan. 


Inilah antara baju yang masih saya simpan, dan telah saya jahit tepi bagi kemas sedikit setelah mempunyai mesin jahit. Dulu nak pergi minta jahit tepi pun tak tahu tempatnya maklumlah tempat orang, jadi saya hanya bakar tepi kain dengan menggunakan lilin. Cuma cara ini memanglah tak cantik dan tak selesa nak pakai. Apa taknya di bakar dengan lilin. Saya juga pernah jahit lipat tepi kain, tetapi ia sangat memakan masa yang lama. Yang penting jimat kan.



maaf lah gambar senget.









Baju ini saya jahit manik di hujung tangan dan bawah baju untuk kelihatan lebih menarik sedikit. 

Macam mana?..Anda mahu cuba?..Bagi mereka yang mahu menjahit tapi tidak ada mesin jahit bolehlah cuba. Pasti dapat pakai baju baru. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang penting semangat dan sabar...

Selamat mencuba..









Belajar Asas Menjahit Secara Online

Bismillahirohmaanirrohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kehadrat Allah S.W.T sekali lagi kita dapat bertemu dalam entri seterusnya mengenai Panduan Asas Menjahit ini. Semoga anda sentiasa sihat bersama keluarga tersayang dan sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T.

Memandangkan saya seorang suri rumah dan ingin mencari ilmu yang sekali gus boleh memberi satu peluang pada saya untuk mencari idea bagaimana cara menambah pendapatan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana membuka hati saya untuk menjadi salah seorang daripada peserta Akademi Berkerja Di rumah. Setelah mendapat tunjuk ajar dari guru online dan saya juga banyak melawat blog untuk menambah pengetahuan. Setelah melihat hasil mereka yang berkerja di rumah, saya merasa bersemangat dan ingin melakukan sesuatu yang boleh menambah pendapatan saya dengan menggunakan ilmu yang ada.

Perasaan syukur yang tidak terhenti saya panjat kan pada yang Khaliq. Tercapai juga hajat saya untuk menghasil kan Panduan yang pertama. Inilah Panduan Asas Menjahit Baju Kurung secara Online saya, yang telah pun siap dan mula dijual pada 30hb Jan 2014. Ini bermakna masih baru lagi lah kan. Sebelum Panduan ini siap , telah ada seorang dua yang bertanya tentang kelas online ini. Malah sebelum siap sepenuhnya, saya telah pun mendapat bayaran dari seorang yang sangat berminat untuk mendapatkan Panduan ini secara Pdf.

Alhamdulillah semalam 10hb Feb 2014, pelajar saya ini telah pun siap mencantum baju dan insyallah akan menjahit pula bahagian kain. Hasilnya saya telah lihat melalui gambar yang dikirim ketika sesi berbual secara online.  Syukur alhamdulillah, katanya dia mudah memahami. Katanya penerangan Panduan Asas Menjahit ini sangat mudah difahami. Malah dia berterima kasih kerana memberi tunjuk ajar. Tetapi bagi saya, menuntut ilmu itu susah dan senang semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Jika keinginan kita tinggi dan minat untuk melakukan sesuatu pasti kita akan perolehi kejayaan. 



















Antara kelebihan belajar menjahit secara online. Boleh belajar mengikut masa anda. Tidak perlu hadir ke kelas. Anda hanya perlu bertanya jika ada bahagian yang anda tidak fahami dengan cara, nyatakan muka surat yang tidak difahami. Selain dari itu ikatan ukhwah sesama islam juga terjalin dan bertambah kenalan saudara seagama yang dekat mahupun yang jauh. 


SELAMAT MENCUBA....

Kepada mereka yang telah memiliki Panduan Asas Menjahit Secara Online ini saya ucapkan....  

TAHNIAH DAN SYABAS KERANA ANDA TELAH PUN MENCUBA.

SELAMAT BERJAYA.




Khamis, 6 Februari 2014

Cara Menjahit Poket

Bismillahirrohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dalam satu ilmu jahitan Asas menjahit. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi meminjamkan saya umur, rezeki dan kesihatan dan idea untuk meneruskan pengisian entri  dalam blog yang tak seberapa ini.

Kali ini saya akan kongsikan pada anda bagaimana cara untuk menjahit poket baju kurung. Selalunya poket baju kurung terpulang kepada kita nak jahit sebelah kiri atau kanan. Begitu juga jika pelanggan nak sebelah kiri maka kita jahit sebelah pesak kiri.

Langkah pertama:
Seterika bahagian tengah pesak


Langkah kedua:
Sila tanda dan buka jahitan selebar yang dikehendaki. Selalunya bagi dewasa badan saiz S, L, M..ukuran 5 1/2 inci. Lebar dari ketiak ke tempat pencentas benang dalam gambar bawah ialah 3 inci.


Langkah ketiga:
Jahit keliling bahagian lubang poket yang anda buka tadi.


Langkah keempat:
Tampal kain untuk poket seperti dalam gambar di bawah kemudian jahit keliling. 















Dah siap...barulah cantumkan pesak ke badan baju.

Selamat mencuba....

Selasa, 4 Februari 2014

Kain Batik Licin

Bismillahirohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah sekali lagi kita masih dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki. Rezeki kesihatan, ilmu, idea dan apa sahaja yang perkara yang melancarkan kerja harian kita.

Kali ini saya ingin kongsikan pada anda mengenai Kain Licin. Kain licin lembut dan memang selesa dipakai. Apatah lagi jika kain batik bercorak memang cantik lah orang lihat. Tetapi bagi mereka yang menjahit kain licin adalah kain yang paling susah untuk di jahit. Jahit sini salah jahit sana pun salah. Jahit buka, jahit buka.














Inilah contoh kain licin. Kain ini adalah kain suami yang mahu dipakai dalam unitnya. Kain ini bahagian unit suami yang pilih. Dah lah harga sahaja rm52 dua meter setengah. Belum lagi upah jahit di kedai. Kain pula nipis dan licin. Aduhai...melihat sahaja kainnya yang licin ini memang mahu sahaja menangis nak jahit. Sampai saya sarankan suami hantar ke kedai jahit. Maklumlah saya dah lama sangat tak jahit baju kemeja. Dulu belajar pun hanya baju kemeja sekolah budak lelaki. Yang ini pula dia nak saya jahit tangan panjang. Apa lagi memerah otak lah saya mencari idea. Selama empat hari barulah siap. Paling payah di jahit ialah bahagian lengan yang dipasang seperti bahagian leher baju melayu. Ketika jahit bahagian ini sahaja satu hari saya nak siapkan. Dah lah kain licin, bila di jahit kain asyik lari sahaja. Ditambah pula kemahiran terbatas dalam bahagian ini. Tapi kerana nak juga siapkan kenalah sabar. Cara menjahit pula saya lihat saja contoh baju kemeja suami yang di beli di kedai.

Ketika menjahit baju ini saya betul-betul fokus dan tidak memikirkan kerja lain yang belum diselesaikan. Jika hati tak tenang kerja yang susah akan bertambah susah untuk di laksanakan. Jadi ketika menjahit baju ini saya kena tenang. Sekiranya anda mahu menghantar kain licin ke kedai jahit, janganlah mengeluh jika upahnya mahal. Faham-faham sajalah.


Lihat gambar di atas jahitan tak kemas. Maknanya saya pun kenalah mahir lagi jahit baju kemeja lengan panjang.

Alhamdulillah syukur akhirnya siap juga. Walaupun jahitan tak kemas yang penting siap. Lihat poket baju kemeja ini. Poket ini pun saya ikut cara jahit baju kemeja suami yang dibeli kat kedai. Sebenarnya tak adalah susah di jahit tapi kerana kain yang licin menyebabkan baju ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan sangat susah di jahit.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana segala urusan kita dipermudah kan.




Cara Jahit Lengan Kemeja

Bismillahirohmaanirohiim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dalam ruangan cara jahit lengan kemeja.

Langkah pertama
Ukur dari tepi yang anda cantumkan tangan baru gunting seperti gambar di bawah..





















Langkah kedua. Gunting mengikut panjang yang dikehendaki seperti gambar di atas.
Langkah ketiga: Gunting kain sebesar yang dikehendaki untuk di cantum pada bahagian yang anda gunting tadi. Kemudian jahit seperti gambar di atas. Sebelum di jahit pastikan kain tersebut anda seterika dahulu untuk memudahkan anda jahit.


Langkah ketiga: Jahit pada kedua-dua bahagian yang anda gunting seperti gambar di atas. Bahagian ini di jahit seperti kita jahit bahagian leher baju melayu. Bahagian ini memang susah untuk di jahit. Jadi sabar jela....

Gambar dibawah menunjukkan lengan bagaimana cara mendapatkan kaff tangan. Bahagian ini akan saya terangkan cara-cara bagaimana menjahit dan mencantumkan ke bahagian lengan seperti gambar di atas.

Buat 2 keping kain yang di seterika kertas pengeras putih seperti gambar di atas. Kain mesti melebihi dari pengeras. Gambar di atas menunjukkan kain dilipat. Ambil kain dan lipat dua kemudian tekap pengeras dan seterika.


Dah siap....alhamdulillah. 

Insyaallah dalam ruang yang lain saya akan terangkan bagaimana cara menjahit bahagian kaff lengan seperti gambar di atas.

Selamat mencuba....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...