Jumaat, 20 Mac 2015

Sarung Tilam Kekabu Part 3

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum semua...

Sementara nak tunggu masa untuk menyambung semula aktiviti memotong kain tudung sekolah, saya mengambil masa sedikit untuk berkongsi semangat kerja sebagai suri rumah. Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat Nya.


Alhamdulillah juga tilam kekabu dan sarungnya dah siap saya kerjakan. Walaupun tidaklah secantik di kedai tapi apa yang istimewanya ialah saya jahit kan setiap satu ada dua sarung. Barulah si pemakainya basuh dan tukar kan. Tak payah nak susah-susah cari sarung di kedai nanti. Harga pun rasanya dah cukup murah. Semoga pemiliknya puas hati. Mari kita kongsikan cara jahit sarung buat kali kedua ini. Lihat gambar di bawah.











































Sory...gambar sarung yang satu tidak dapat di paparkan di sini kerana gambar tersebut telah ter delete.

Apa pun selamat mencuba...

Selasa, 17 Mac 2015

Baju Kitar Semula

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalamualaikum, buat semua peminat blog yang ingin mencari ilmu, serta berkongsi ilmu. Terima kasih kerana anda sudi mengunjungi blog ini.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kitar semula. Selalunya kita sering kali dengar barang-barang kitar semula. Namun mungkin pelik kedengaran jika baju di kitar semula. Mungkin juga ada yang biasa mengitar semula baju-baju lama tetapi jarang di kongsi. Apa kata kita kongsi bersama.

Sejak menjadikan SOHO sebagai pekerjaan tetap, saya jarang memakai baju kurung. Minggu ini saya mengemas baju-baju lama yang berlambak di dalam almari. Banyak baju lama yang sudah lama tidak di pakai. Terlintas di dalam fikiran untuk mengubah baju yang ada agar baju tersebut boleh di pakai nanti. Contohnya baju kurung lama yang masih kelihatan cantik saya gubah dengan meletak manik. Begitu juga dengan baju-baju lama yang bukan baju kurung. Lihat sahaja baju di bawah ini.





















Lihat gambar di bawah. Baju ini asalnya pendek, bila saya nak buang saya cantumkan dengan kain lain menjadikan ia labuh sedikit. Boleh di pakai di dalam rumah.






Bagi mereka yang tidak ada peruntukkan untuk membeli baju baru, mahupun tidak ada masa untuk membeli dan sebagainya.. apa kata raya ini tambah manik sahaja baju lama supaya ia kelihatan lain dari raya tahun lepas.


Manik yang berharga Rm1.30 sahaja di pasar raya MR DIY







Yang ini pula gam untuk manik. Letak gam dahulu atas kain anda barulah lekat kan manik tersebut.





Selamat mencuba....



Rabu, 11 Mac 2015

Emosi Sang Isteri

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah dan syukur pada Allah atas segala nikmat Nya. Bertuah benar badan kerana masih lagi sihat dan menjalani rutin harian. Sekadar buat renungan bersama. Kali ini entri saya hanya mengenai isu keluarga, berkaitan dengan tajuk di atas. Tajuk yang sering menjadi bualan harian dan punca segala masalah mahupun kebahagian sesebuah hubungan.

Bagi suri rumah yang melakukan kerja harian bukan sahaja berkurang malah bertambah, emosi agak terganggu. Jika mempunyai anak yang dewasa atau anak yang sudah boleh membantu, agak ringan kerja suri rumah. Begitu juga jika sang suami ringan tangan membantu kerja si isteri sudah pasti isteri akan merasa seronok mengurus kerja harian. Tetapi jika sebaliknya, bukan sahaja emosi isteri daripada bermuka masam malah berkemungkinan akan mengundang perasaan marah dan menyebabkan pergaduhan. 

Bila melihat sesetengah isteri yang berkerja keras berkerja dan mengurus anak-anak, terasa betapa hebatnya mereka mengawal emosi. Penat berkerja, kejar masa mengurus anak-anak, melayan kerenah suami yang tidak tahu membantu, kerenah rakan-rakan sekerja, semuanya menyebabkan emosi daripada geram, marah dan bila tak sabar boleh menyebabkan pergaduhan. Sering berpegang pada sifat sabar dan bertawakkal, namun sebagai manusia biasa adakalanya kesabaran itu ada hadnya. Kadang-kadang tujuan rasa marah itu hanya semata-mata inginkan perubahan akan berlaku selepas itu, namun sebaliknya kekal tidak berubah.

Bila tahap sabar akan hilang maka berlakulah perkara yang tidak di ingini seperti, dera anak, pergaduhan suami isteri, curang dan perceraian. Ketika  kes perceraian akan berlaku, yang menjadi mangsa keadaan ialah anak-anak. Maka terjadi lah perebutan hak penjagaan dan pembahagian harta sepencarian. Selalunya si Isteri akan menjadi orang pertama yang akan di persalahkan kerana di tuduh tidak tahu mengurus anak dan melayan suami. 

Selalunya suami jarang sekali akan di persalahkan kerana selalunya perangai suami di rumah tidak di ketahui oleh orang luar. Yang mereka tahu suami tidak curang, balik kerja dan sering bersama dengan keluarga. Si isteri pula hanya menyimpan rasa muak, bosan dan geram kerana suami hanya kerja, makan dan tidur sahaja. Apa taknya, daripada A hingga U isteri yang buat. V, W, X, Y dan Z itu jelah di buatnya. Faham-faham jelah. Sifat suami yang ini di kira ok, jika di bandingkan dengan suami yang, tidak bertanggung jawab, panas baran, kedekut, suka lepak dengan rakan, curang dan sebagainya. Orang Sabah kata " PALIS-PALIS!", maksudnya Nau'zubillah!.

Apa pun, alangkah baiknya si suami dapat berkerja sama dengan isteri dalam mengurus rumah tangga. Bukan sahaja makan minum, tempat tinggal di sediakan namun perkara besar hingga sekecil kuman pun jika di kongsi akan menjadi sangat ringan. Bukan sahaja ringan, tetapi hidup sebagai pasangan akan menjadi seronok jika sama-sama berkongsi kerja ringan dan berat. Isteri akan merasa sangat di hargai dan sentiasa tersenyum dalam melakukan kerja harian.

Dalam hati Isteri baiknya Suamiku: Suka tolong walaupun sehari dalam sebulan dah kira baik sangat lah!!!..

Tolong basuh kain walaupun guna mesin..
Tolong jemur kain walaupun kain tunggang terbalik susunannya..jadilah..
Tolong masak walaupun, ikan hangus! dan dapurku jadi semak!
Tolong basuh pinggan sambil menyanyi...
Tolong urut isteri walaupun sekadar picit semut tak mati..
Tolong sapu dan mop rumah..
Tolong bagi wang poket setiap bulan..
( Jangan lupa solat jemaah itu sangat penting bagi mengeratkan hati anda berdua walaupun gaduh ).

JIKA ANDA ADALAH SUAMI YANG TELAH MELAKUKAN SEMUA PERKARA DI ATAS MALAH LEBIH DARI ITU...TAHNIAH BAGI ANDA KERANA ANDA SEORANG SUAMI MITHALI. ANDA LAH YANG TERBAIK!!!...






Sekadar berkongsi...tidak ada kena mengena dengan seseorang.


Ahad, 8 Mac 2015

Tersilap Potong Kain


Salam pagi Isnin. Moga segala urusan kita di permudahkan Oleh Yang Khaliq.

Syukur alhamdulillah pagi yang cerah ini sekali lagi dapat berkongsi cerita dengan anda mengenai Kesilapan ketika memotong kain.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah, apabila kain tersebut mempunyai manik hanya untuk bahagian depan baju. Selalunya bila kain mempunyai manik kita akan lihat keadaan manik tersebut, jika manik hanya sebahagian maka manik tersebut hanya untuk badan. Lihat gambar di bawah.

Ini adalah contoh kain yang saya telah tersilap potong. Gara-gara asyik berfikir bagaimana untuk memotong kain tersebut agar cukup kerana ukuran badan si pemilik  bolehlah di kira berisi. Bahagian ketiak pelanggan mahu di besarkan sedikit menjadi 10 1/2 inci, kain ini juga bercorak di bawah sahaja. Jadi cuba anda bayangkan bagaimana untuk mendapatkan cukup untuk badan lengan dan kain. Ketika inilah saya terlupa kain tersebut mempunyai manik hanya bahagian depan badan. Siap memotong bahagian badan barulah saya memotong bahagian kain dan perasan manik tersebut ada di bahagian kain.






Saya ke kedai bertanyakan manik yang boleh seterika dan melekat terus atas kain. Terkejut juga kerana manik tersebut berharga rm6.90 dan tidak sampai 20 biji.











Gam manik khas untuk kain rm8.90.







Manik tidak mempunyai gam, saya beli di M.R DIY hanya Rm1.30 sahaja. Letak gam atas kain barulah letak manik tersebut.







Manakala bahagian tangan saya cantumkan putih pada kain biru. Lihat gambar di bawah.
Untuk menutup bahagian yang di cantum saya jahit manik di atasnya.












Walaupun kita berhati-hati dan fokus dengan kerja kita, namun jika Allah dah tentukan ia berlaku maka berlaku jugalah ia. Segalanya milik Allah.

Wallahu a'lam


Tempahan Raya Dah Mula


Salam buat semua pembaca blog.

Alhamdulillah, masuk bulan ke tiga tahun ini, telah pun mula pelanggan menghantar baju untuk raya. Kata mereka takut nanti bila lambat tukang jahit dah tak terima. Begitulah ragam tukang jahit kerana, mereka juga memerlukan masa untuk siapkan baju tempahan lebih awal.  Selalunya saya juga akan kira kain yang saya terima sama ada sempat siap sebelum hari raya. Setiap tukang jahit juga tidak akan terima tempahan jika telah melebihi had kemampuan berdasarkan pada masa dan keadaan. 

Bulan lepas saya telah mendapat tiga pasang baju untuk raya namun belum di jahit kerana dahulukan tempahan baju bukan hari raya. Sementara minggu ini beberapa pelanggan telah sedia menempah awal untuk menghantar baju raya. Ini menambahkan masa terluang saya semakin kurang. Apa yang lebih mengherankan ialah semangat menjahit yang menjadi-jadi. Dapat kain jahit terus, belum siap dah ada kain lain yang di hantar. Buat aturan jahit kain mana yang patut di dahulukan. Semuanya bergantung pada kehendak pelanggan. Memang memenatkan tetapi rasa seronok kerana sentiasa ada income masuk sebagai tambahan.

Bagi suri rumah seperti saya, walaupun kita hanya melakukan kerja sambilan di rumah pengurusan wang tetap di lakukan. Ini kerana setiap wang keluar dan masuk dapat kita kira pada setiap bulan malah mendapat perbezaan pendapatan setiap bulan. Perbezaan ini akan menyuntik semangat pada kita untuk mencari income sampingan. 

Setiap tahun saya sediakan jadual pendapatan supaya saya dapat lihat perbezaan pendapatan setiap tahun. Di bawah ini saya berikan contoh bagaimana untuk menyediakan jadual pendapatan. Jadual ini hanya untuk berkongsi idea semata-mata. Moga dapat di manfaatkan bagi mereka yang belum melakukannya. 




Pendapatan 2015

BIL
Perkara
Keluar
Masuk

1.


Mengaji

-

Rm

2.

Budak Transit

-

Rm



3.

Al-baghdadi



-

Rm

4.




Menjahit


Rm

Rm

5.


Jumlah

Rm

Rm


6.

Untung Bersih


















Selamat mencuba.....


Ahad, 1 Mac 2015

Seluar Ala-Ala Afdlin Shauki

Assalamualaikum


Lama menyepi kerana sebok dengan aktiviti harian dan tempahan yang hendak di siapkan. Namun menyelitkan masa menulis entri baru. Semalam terbaca sebuah Majalah Hartanah. Membaca artikel mengenai pelakon Afdlin Shauki, tergerak hati menjahit seluar ketika melihat gambar salah seorang wanita bergambar dengan beliau, memakai seluar rekaanya. Ringkas tetapi santai namun masih kelihatan cantik. Suami sendiri telah lama meminta saya jahit kan seluar seperti ini untuknya. Tetapi belum kesampaian.

Hari ini bila saya lihat ada beberapa kain batik yang tersimpan malah jarang di gunakan, kerana saya sendiri kurang memakai kain batik. Tiba-tiba tergerak hati untuk jahit kan ia seluar ala-ala Afdlin Shauki. Bagi wanita yang suka memakai seluar bawah kaki besar bolehlah mencuba. Lihat sahaja contoh yang dah siap di bawah ini memang cantik.






























Saya lebihkan labuh pinggang ke kaki untuk mendapatkan bahagian getah di kaki tidak kelihatan. Ia kelihatan kembang di bawah. Terpulang kepada keselesaan anda.

 SELAMAT MENCUBA......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...