Maaf teramat sangat. Lama tak buat entri tentang jahitan. Kali ini saya nak bawa anda yang belum pernah lagi berkunjung ke Pulau Langkawi.
Alhamdulillah, bermula hari Jumaat suami dah cuti. Balik Kampung tapi petang Sabtu balik Ipoh lagi, sebab mesti hadir ke Seminar Mudahnya Berniaga anjuran Dr Azizan kita pada hari Ahad . Terima kasih banyak2 Dr..sebab dah lah yuran rm10 sahaja, siap dapat buku yang sangat berharga ini.
Pagi Isnin, kami bertolak, kira-kira jam 10 am dari Ipoh ke Kedah. Sebelum gerak ke tol, isi minyak bagi penuh. Memandang kan inilah kali pertama kami ke sana, jadi kami hanya ikut petunjuk arah sahaja. Alhamdulillah sampai juga di jeti Langkawi. Semasa hampir ke Jati...terkejut juga ada abang motor tu buat isyarat kat kita. Rupa-rupanya dari jauh mereka ni mencari pelanggan yang baru sampai supaya mudah cari parking. Parking beratap rm15 sehari. Kami bayar untuk tiga hari.
Setelah semuanya selesai di pastikan ok kereta yang di tinggal, kami pun ke jati untuk membeli tiket feri. Masa ni dah waktu zohor lah. Dan kami dah niat nak solat jamak sahaja. Alamak lupa pula harga tiket tu. Tapi kira murah lah. Perjalanan feri ke Pulau Langkawi kira-kira 1 jam lebih. Oh ya.. lupa nak cerita..semasa kami beli tiket feri, orang di situ sedia promosikan hotel dan kereta sewa. Kami hanya ambil kereta sewa kerana rm100 untuk 3 hari walaupun hanya Viva. Jadilah kan. Malah mereka juga tawarkan hotel, satu hari rm160 depan dengan laut laut dan Hotel ini kira dah murah, katanya. Tapi suami beri alasan ada kawan kat sana, sedangkan tak ada pun.
Lihat gambar kat bawah ni. Mana lah tau anda bercadang ke sana bolehlah hubungi mereka.
Sampai di Jeti Pulau, kami hubungi kereta sewa yang kami telah pun bayar. Alhamdulillah jumpa pun. Lepas ambil kereta, kami pun raund-raund mencari hotel budjet. Sebelum ke Langkawi saya dah niat, kalau nak shoping pun hanya satu tempat iaitu nak cari Kompleks Haji Ismail Grup. Itu pun sebab pernah tengok dalam rancangan Tv. Masa duk cari-cari Hotel, Jumpa pula bangunan Kompleks ni siap berdekatan dengan Hotel besar. Tapi Kompleks ni hanya tulis HIG. Rupa-rupanya ia singkatan Haji Ismail Grup. Kami masuk ke Bangunan hotel tersebut dan harganya wow..boleh tahan paling murah pun rm210 sehari. Tapi tak hairanlah hotel mewah tu. Kami pun bincang cari motel sahaja. Pusing sahaja kereta dari bangunan Kompleks Haji Ismail, terus mata saya ternampak motel. Kali ini saya naik sendiri pergi bertanya harga bilik. Alhamdulillah rm60 sehari sahaja. Macam tak percaya tanya lagi sekali. Saya turun dan bagitau suami, suami pun terkejut juga, nak pastikan lagi betul ke tak saya telipon semula. Ha ha ha. Mulanya kami sewa untuk sehari dulu, sebab takut tak selesa. Rupanya, sebanyak-banyak hotel murah yang kami pernah sewa inilah bilik yang paling luas. Memang berbaloi sangat dah lah murah.
Bolehlah kan luasnya..bilik air dan almari pun luas. yang penting masa nak solat pun masih ada ruang untuk lalu kat tepi. Ada icon dan Tv. ( Motel berdepan dengan Komplexs Haji Ismail ).
Pagi hari selesa ke Taman Hidupan Liar.
Taman ini memang berbaloi, jinak-jinak belaka..Bagi makan kancil, arnab, ikan besar, bagi susu ikan, bagi makan rusa. Seronok.
Tengahari ke kota Mahsuri.
Tiket rm10 seorang. Terdetik juga dalam hati nak tahu lebih dalam lagi mengenai sejarah ini.
Lepas Zohor. Tengok ikan dalam Akorium besar pula.
Rm35 seorang.
Dah habis pusing kita pun pergi ke Cabel Car. Tuhan sajalah tahu betapa saya mengucap dan istigfar banyak-banyak. Gayatnye...naik lif tangga pun gayat apa lagi naik kabel ni. Goyang sikit jerit. Tapi dah turun...wah macam nak lagi. Ha ha ha.
SubHaaNallah cantiknya...
Memang rugi tak naik tangga di atas dan turun naik tangga ke bawah yang begitu indah dengan jambatan yang wow!! mata memandang. Sorrylah sebab tak ada gambar jambatan tu. Asyik gayat saja.
Hari ketiga rabu.
Pagi setelah membeli satu set pinggan mangkuk dan coklat di Kompleks Haji Ismail. Ok nak cerita sedikit tentang pinggan mangkuk. Pinggan mangkuknya memang murah. Saya beli yang berharga rm149.00 ada 40 pic set. Jadilah kan. Asalkan ada untuk kenangan. Selepas membeli kami pun round-round sekitar Taman Helang sebab memudahkan untuk pulangkan kereta sewa. Rasa nak round lagi tapi tempoh masa chek out bilik dan kereta dah tamat kenalah balik. Apatah lagi masih banyak tempat yang kami tidak sempat kunjungi. Insya Allah ada rezeki lebih, masa dan kesihatan yang Allah pinjamkan boleh lagi ke sini.
LANGKAWI MEMANG TERBAIK!!....