Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka Di Melaka

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara tempat menarik di Melaka.








































































































































Setelah dua kali pergi ke Melaka, kali ini pergi ke Melaka rasa tak seronok langsung. Apa taknya pergi pada 31hb ogos, hari kemerdekaaan. Dah sedia maklum hari cuti, mesti jem dan parking penuh. Inilah kali pertama ke suatu tempat berpusing-pusing mencari tempat parking tapi langsung tak dapat turun dari kereta untuk bersiar-siar menikmati tempat yang cantik. Kebetulannya kami pergi menghantar sepupu yang di terima bertugas di sebuah kolej di Melaka.  Memandangkan semua orang penat, terutamanya tuan pemandu yang mula keletihan, mencari alamat Kolej yang hendak dituju pada awal pagi juga telah beberapa kali sesat, tapi akhirnya selasai pencarian. Niat di hati nak bawalah mereka berjalan-jalan di bandar Melaka. Tapi sampai jam5.30pm kami masih lagi pusing-pusing mencari parking dengan jem yang sangat teruk. Setelah  kami mengambil keputusan untuk balik sahaja. Kami balik tanpa dapat membeli satu barang mahupun ole-ole.

Balik ke Johor pula, tiba di lebuhraya tiba-tiba pula jem lagi. Pelik kenapa pula jem, tadi ok je. Berlumba-lubalah kereta lain menggunakan laluan kecemasan. Rasa geram pula, yela orang lain pun nak cepat juga. Mereka ni antara orang yang pentingkan diri sendir dan menyusahkan oerang lain. Dalam hati kalaulah ada Polis kat depan tu....tiba-tiba je kerata yang guna jalan kecemasan itu mulalah menyelit nak masuk balik kejalan biasa. Patutlah..rupa-rupanya ada polis ronda kat depan dan tak semena-mena tiba-tiba bomba datang dari arah jalan kecemasan. Rupanya depan sana ada sebuah bas hangus terbakar dan bomba sedang menjalankan tugas mereka. Terdetik dalam hati, hah!..kan mereka yang menggunakan jalan kecemasan ni betul-betul menyusahkan orang. Laluan yang sepatutnya menjadi laluan yang tidak boleh digunakan tetapi mereka masih degil.

Sampai di rumah ( Kulai ), jam10.30pm. Penat tak terhingga dalam kereta, lebih-lebih lagi sang suami menjadi pemandu. Kesihan-kesihan.


Insyaallah ada rezeki boleh bawa mereka kesana lagi. Namun dalam hati tak nak dah pergi masa cuti umum.
Apa nak buat bukan rezeki.



Sabtu, 23 Ogos 2014

Kopi Pak Belalang ( ARBA )


Bismillahirohmaanirohiim


Produk! Produk! Produk!.

Pelbagai produk yang ada di pasaran. Kita pula semakin tak pasti mana satu pilihan hati. Nampak je pungsi atau kebaikan sesuatu produk tersebut kita pun mulalah teruja nak cuba walaupun mahal semata-mata mahu sihat. Betapa pentingnya kesihatan bagi setiap manusia. Kerana bila tak sihat segala urusan akan tidak dapat dilakukan dengan baik mahupun langsung tidak dapat di lakukan kerana penyakit yang di hadapi. Maka ramailah usahawan islam yang tua dan muda mencuba nasib. Masing-masing membawa maksud dan tujuan yang sama iaitu inging memberikan satu produk bagi membantu sesama manusia dalam menangani pelbagai penyakit.

Begitu juga dengan saya. Bila umur pun dah meningkat rasa macam-macam yang dah mula dirasai. Dalam fikiran dan doa moga dipanjangkan usia, untuk berkhidmat untuk Allah, Nabi, Suami dan keluarga, begitu juga pada agama dan negara.


Produk ini suami sayalah yang sangat teruja untuk menjadi ahli. Malah sangat berminat. Saya sendiri bila tahu tentang syarikat ini saya memberi sokongan  padanya. Apa taknya jika kita melabur wang, kita dapat barang dan duit bulan-bulan pun masuk. Kira bonus jualan dari jualan barang yang syarikat tolong jual bagi pihak kita. Jika di fikir-fikir tak rugi kan.

Contohnya: Jika kita labur rm3,000, kita akan dapat barang 3 unit, sama ada kita mahu jual atau untuk kegunaan sendiri. Selain dari itu setiap bula kita akan mendapat bonus rm100 ringgit dalam tempoh setahun. Setalah setahun terpulang kepada kita sama ada mahu teruskan atau tidak duit yang kita laburkan rm3000 tadi. Jika mahu tamatkan duit rm3000 akan dipulangkan kepada kita semula. Haaa?...macam mana tu?...apa keuntungan syarikat?...lihat dibawah ini.





























































































































































Jika mahu lakukan sesuatu, fikirlah dulu ye...jangan pula nak salahkan orang lain. Jika percaya buat jika tak jangan buat! 


Klik Di Sini , anda boleh mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk ARBA.

pm jika berminat.







Cara Jahit Leher Baju Melayu Johor

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualikum dan salam sejahtera

Ini adalah cara untuk jahit leher baju melayu Johor. Cara dia sama sahaja bila nak cantum bahagian leher. Kemudian gunting sedikit pada tempat yang anda cantumkan leher tadi. Hati-hati jangan sampai tergunting pula benang jahitan. Lihat gambar dibawah. Ada sedikit di gunting kan?..Tujuannya ialah supaya kain mudah di jahit dan tidak berkedut. Selalunya bila saya cantum leher, barulah saya gunting kain dan tinggalkan sedikit, barulah saya sembat.

Sembat pula ada dua cara saya buat, iaitu dengan sembat kain leher dilipat. Satu lagi caranya ialah sembat seperti baju kurung. Tetapi jika nak lebih cantik atau kemas kenalah gunting kain leher tersebut dan lipat semasa jahit sembat.

Langkah pertama. Cantum leher dahulu.

Dalam gambar dibawah kain leher lebarnya 1 inci. Tapi jika anda mahu sembat berlipat, anda bolehlah gunting kain 1 inci tersebut menjadi selebar 1/2 inci ye. Kalau tak gunting jadi 1/2 inci nanti tak kemas pula.























Gambar kat bawah ni sama je dengan kat atas tu.


















Langkah kedua: Lepas cantum gunting sedikit kain leher seperti penerang diatas.

Langkah ketiga: Barulah anda lipat dan sembat menjadi seperti gambar dibawah.




























Gambar kat bawah ni pula bajunya saya jahit tapi lupa nak tangkap gambar masa jahit leher seperti gambar diatas. Bila siap nanti jadilah macam ni.




















Selamat mencuba....




Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kerana masih lagi sudi melawat laman yang tak seberapa ini. Awalnya nak bercakap tentang hari kemerdekaan kan?..Takpelah. Sempena menyambut hari kemerdekaan yang menjalang tiba tak lama lagi, jauh di sudut hati bersyukur kerana lahir di Bumi yang jauh lebih aman dan pelbagai nikmat yang kita dapat rasakan jika di bandingkan dengan Negara luar. Apa pun hanya bantuan setekat mana yang kita mampu dan doa buat saudara kita di sana sentiasa di bawah rahmat Allah dan janji Allah pasti buat mereka.

Menyentuh tentang kemerdekaan, walaupun masih lama lagi detik hari kemerdekaan tetapi sudah ramai yang membuat persedian bagi menyambut hari tersebut dengan pelbagai cara. Pelbagai ragam dan gaya tersendiri untuk memperlihatkan betapa begitu menghargainya seseorang pada Negara. Melihat gambar yang pelbagai, wow!!..Cantiknya dan macam-macam lagi keluar dari mulut kagum dengan kemahiran tukang jahit baju Merdeka ni. Baju yang di reka dari kain Bendera Malaysia sangat mengkagumkan.

Sebagai tukang jahit yang tak berapa pro ni, saya pun terlibat juga menjahit baju untuk dipakai pada hari menyambut hari kemerdekaan di sebuah Tadika. Syukurlah ada juga rezeki kan???..






























Dah siap jahit baru perasaan tak ada tempat nak masukkan tangan..ha ha ha...Baju ni jahit macam baju tidur kelawar yang ada kat kedai je. Simple kan???....


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!























Ahad, 17 Ogos 2014

Sarung Bantal Simple


Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Inilah sarung bantal simple yang saya jahit hanya kerana mahu habiskan kekabu yang saya beli setahun yang lalu. Kira lama juga kekabu tu terbiar. Bila lihat kain lebihan juga agak banyak saya pun terpikirlah nak buat bantal. Daripada nak beli bantal yang harga agak mahal tapi pakai tak sedap kat kedai baik buat sendiri. 


Apa yang saya lakukan ialah saya ambil sarung bantal yang ada kat rumah untuk dijadikan contoh. Belek kiri kanan dapatlah juga siapkan walaupun simple. Inilah aktiviti saya jika ada masa saya akan buat mengikut mood. Nak tahu juga ke cara nak jahit?... 


Dapatkan dua kain, sama lebar cuma panjang lebihkan dalam 7 inci. Anda juga boleh tambah kain yang lain warna untuk mencantikkan sarung bantal anda. Lihat gambar terakhir di bawah ni...nampak pelik sedikit kan tapi comel juga kalau kena dengan warnanya. Ini jelah kain lebihan yang ada kat umah. Jadilah....












































Gambar kat bawah ini pula, saya buat untuk bantal untuk kerusi kereta depan. Bantal untuk leher. Adalah juga tempat sandaran leher nanti...he he he...lihat jelah sebelah kain lain sebelah lagi lain. Takpelah..dapat juga berjimat dari beli kat kedai kan. Ini juga lebihan kekabu bantal yang saya buat sendiri. Jika anda nak cuba jangan lupa jahit getah supaya senang anda masukkan di kerusi kereta anda nanti.
















































Selamat mencuba.....








Bantal Buatan Sendiri

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Jom buat bantal sendiri. Apa yang perlu di buat beli kekabu yang terdapt di kedai pakaian atau mungkin anda boleh tanya sesiapa mengenai kekabu tesebut. Saya beli di Teluk Intan ketika balik kampung dahulu. Harganya rm13 sekotak. Maksudnya dah masuk sedia dalam kotak. Cara ini adalah mudah dan anda mungkin dapat berjimat. Satu kotak kekabu boleh dapat dua bantal. Bantal tersebut juga rasa selesa bila dipakai.


Langkah pertama:

Jahit kain untuk dimasukkan kekabu tetapi jangan jahit sampai habis. Tinggalkan dalam 6 inci untuk anda masukkan kekabu tersebut.

















































Kadua:

Setelah dimasukkan kekabu, barulah anda jahit kain tersebut agar tertutup sepenuhnya.































Langkah ketiga:

Barulah anda isikan dalam sarung bantal yang anda jahit sendiri.










































Cubalah.....














Sarung Bantal Bermanik

Bismillahirrohmaanirohiim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya bawakan anda cara buat bantal biasa bermanik.


Pertama:

Dapatkan dua kain yang sama ukurannya. Kain yang telah dijahit manik dan sehelai kain.























Kedua:

Jahitkan zip agar mudah untuk memasukkan bantal kedalamnya.




















Dah siap....senang kan....





















Ini adalah gambaran sisi, nampak macam comel je kan...






















Selamat mencuba.....





















Khamis, 14 Ogos 2014

Langsir Skirt Menara Berkembar


Bismillahirohmanirohiim

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Alhamdulillah kita bertemu semula dengan ilmu yang tak seberapa ini. Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana cara menjahit langsir Skirt Menara Berkembar. Manalah tahu jika anda faham cara jahit ni mahu pula anda mencubanya kan.

Baiklah langsir ni saya cuba praktikkan di rumah yang kami tinggal sekarang. Masa kita orang duk dalam rumah ini, rel besi tingkap dan pintu dah di buka oleh tuan rumah yang tinggal  dulu. Nak di jadikan cerita, kita ni pula taknaklah membazir wang sebab bukannya tinggal selamanya kat sini. Jadi guna jelah apa yang ada. Tingkap pun langsir guna dawai  khas untuk langsir. Jika anda tak tahu dawai macamana, anda boleh tanya kat kedai. Saya sendiri beli di Pasaraya Mydin. Maknanya rumah kampung pun boleh pakai langsir sebegini, cuma tak kelihatan cantik sebab dawai tak dapat mengangkat kain langsir seperti besi rel.

Contoh langsir Menara Berkembar.












Langkah Pertama:

Ukur Lebar tingkap: Contoh A 50 inci + 4 inci ( basi ) C 2 inci kiri dan C 2 inci kanan = 54 inci.
Bahagian ini untuk kain atas ( dalam gambar warna puple ). Manakala labuh pula lebih kurang sama dengan labuh pengeras putih untuk langsir. Kalau taknak pakai pengeras putih tu, bolehlah lipat 2 inci dan kemudian jahit . Bahagian c 2 inci lipat dan jahit.

= Kain Pertama






Langkah kedua:

Dapatkan 4 keping kain berukuran sama panjang dan lebar.

= Kain kedua.














Langkah ketiga:

Susunkan kain keempat-empat keping dan gunting mengikut ukuran.

A  55 inci, B 20 inci dan c 8 inci.

= Kain kedua di gunting dan cantum satu persatu.














Langkah keempat:

Kemudian cantumkan keempat-empat kain tersebut menjadi satu ke arah kiri.

= Gambaran kain kedua arah kiri setelah di cantum.











Langkah kelima:

Buatkan lagi 4 keping kain sama ukuran seperti diatas, cuma kali ini secara terbalik kearah kanan.
Setelah siap, cantumkan kedua-dua kain kearah kiri dan kain kedua arah kanan. Pinkan dahulu barulah jahit. Setelah itu barulah cantumkan pada bahagian kain pertama tadi. Setelah siap di pin kedua keping kain tadi, bolehlah anda lipat bermula dari tengah. Lipat kearah kiri dan kearah kanan dan pin kemudian bolehlah jahit. Setelah itu anda jahit di bahagian kain pertama di atas.

= Kain ketiga arah kanan.











Selamat mencuba......






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...