Salam buat semua.
Memandangkan sekarang saya sibuk untuk menjahit tempahan pelanggan, saya tidak mempunyai ruang untuk mencari idea baru untuk di muatkan dalam entri saya. Walau bagaimana pun saya suka kongsikan pada anda sedikit sebanyak aktiviti keluarga kami.
Seperti entri yang lalu saya kongsikan apa yang saya impikan mengenai tanah yang tidak seberapa ini untuk di majukan. Kali ini saya ingin kongsikan keadaan kebun buah-buahan kami seluas 7 ekar daripada 16 ekar yang sudah mempunyai pokok buah-buahan. Sebelum ini saya ingin jadikan kebun ini sebagai aktiviti untuk membawa pelancong yang akan menginap di Homestay kami. Wow!!!. Hebat angan-angan kan?... Insyaallah moga sahaja di permudahkan usaha dan tercapai apa yang di impikan. Kebun ini 2 atau 3 kilometer dari tempat yang akan didirikan Homestay tersebut. Jangan pula ada yang salah faham. Homestay tersebut masih dalam perancangan, belum lagi diusahakan kerana masalah kewangan. Sekarang kami sedang berusaha untuk menyimpan. Nak pinjam tak berani, nak menyimpan tunggu lah. Jika ada rezeki akan tercapailah impian ini.
Malunya nak kongsikan pada blogger yang lain tentang impian yang mungkin masih samar. Apa pun moga anda melihat betapa cantik dan indahnya rezeki yang Allah kurnia kan pada kami ini. Betapa beruntungnya orang yang menafaatkan tanah, tanah pun akan membuahkan hasil. Syukur alhamdulillah.
Gambar dibawah: Kebun milik saya sendiri, pokok belum berbuah lagi. ( Segalanya milik Allah )
Gambar bawah: Kebun ayah, seluas 5 ekar. Pokok apa yang ada ialah, durian, langsat, pokok tarap, limau, nenas, pisang, koko, manggis, cempedak, dan beberapa pokok lain yang di selit kan bagi menambah pendapatan.
Gambar bawah: Mesti ada yang tertanya-tanya buah ini kan?...Inilah dia buah tarap. Rasanya memang sedap. Ramai pelancong merasa buah ini sedap. Ia juga sangat wangi seperti wanginya durian atau cempedak.
Gambar bawah: Ketika balik kampung musim buah yang lalu. Saya mengambil kesempatan menyibok, kononnya nak tolong jual.
Tengok gambar ni memang seronok. Dapat makan bermacam-macam buah-buahan jika pada musimnya. Secara jujurnya kami sekeluarga kurang membeli buah dan sayur, begitu juga dengan beras, kerana padi juga kami tanam untuk di makan dalam setahun. Jika padi tersebut tidak mencukupi barulah kami membeli beras yang terdapat di kedai. Begitu juga dengan ayam dan ikan, kerana ikan kolam dan ayam kampung juga diternak. Maknanya hidup di kampung bukanlah boleh dikatakan susah jika di bandingkan di bandar, yang serba serbi guna wang. Di kampung hanya bayar bil Elektrik dan Telipon sahaja. Memang best!!!.
Moga apa yang di pinjamkan oleh Allah kepada kami ini dapat kami manafaatkan dan juga di kongsi pada orang lain.
Ok moga kita bertemu di entri yang akan datang. Selamat meneroka.