Jumaat, 25 April 2014

Baju Paling Senang Dijahit

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, dapat juga saya idea untuk memiliki baju untuk di pakai bila nak balik kampung 28hb ni. Asyik baju ala-ala penjabi di padankan dengan seluar panjang kerana mahu mudah untuk melangkah. Kalau nak pakai baju kurung, jarang sekali. Baju kurung hanya dipakai ketika ada kenduri. Jika ada kelas saya suka memakai jubah. Pergi membeli belah pun asyik baju yang sama. Apalah tukang jahit.

Nak beli baju yang dah siap di kedai, kalau bukan sebab harga yang mahal, warna, corak dan bentuk dan panjang yang kurang di sukai. Almaklumlah cerewet. Jadi saya tiba-tiba terfikir untuk buat baju seperti baju tidur kelawar. Cuma saya panjangkan tangan dan pendekkan baju dan saya tambah dengan getah. Baju ini saya padankan dengan gaun panjang yang saya jahit kembang. Baju ini sangat mudah dijahit dan cepat.

Mungkin anda pernah jumpa baju seperti ini di pasaran. Saya gabungkan bentuk-bentuk baju yang saya pernah lihat sebelum ini. Jom kita tengok cara-caranya.

Gambar dibawah. Gaun panjang dan kembang sesuai bagi mereka yang tidak mahu menampakkan bentuk badan.




















Gambar rajah dibawah:
A ke B= jangan dipotong. Kain hendaklah dilipat dua barulah ukur seperti dalam gambarajah.
A ke C= lengan lebar untuk dijahit getah.
C ke D= dilengkung apabila memotong. A-D labuh baju
D ke E= lebar bawah baju
2 ke 3 lebar bahu
A ke 2 dan 3 ke B= panjang tangan ( tiada basi kerana kain terus dipotong keliling )

















Gambaran cara memotong




















Gambar:
Getah pinggang di belah dua.















Getah dijahit dibahagian lengan dan bawah baju. Jahit seperti cara jahit pinggang kain baju kurung. Getah hendaklah pendek supaya berkedut. Lebar getah, terpulag kepada anda, jika mahu sempit, pendekkan, tetapi jika tidak bolehlah panjangkan ukurannya.















Dah siap pun dua pasang baju. Memang selesa nak pakai. Pastikan labuh baju anda panjang supaya ketika anda mengangkat tangan, baju tidak tertarik dan nampak pula pinggang anda ketika mengambil barang tempat yang tinggi.



















Memang sangat mudah untuk disiapkan. Jahit bahagian tepi kiri dan kanan dan jahit getah sahaja. Bahagian leher terpulang kepada anda sendiri. Saya hanya jahit bulat agak-agak muat kepala sahaja kerana ini adalah leher paling mudah.

Maaflah sebab gambar tak cantik. Tapi saya sangat terujah untuk memakai baju ni. Memang cantik, apatak lagi jika kena dengan warna dan corak. Cubalah sendiri.

Ok semua..semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda.

SELAMAT MENCUBA.

Isnin, 21 April 2014

Jubah

Bismillahirohmanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah diberi keizinan sekali lagi oleh Yang Maha Esa untuk bertemu dengan sahabat-sahabat agar dapat berkongsi ilmu.

Kali ini saya akan kongsikan bersama anda cara untuk membuat Jubah Kanak-kanak. Seorang pelanggan saya menghantar kain ela untuk dijahit baju kurung pesak gantung untuk anaknya. Katanya jika ada lebih dia nak saya jahitkan Jubah dengan mengikut contoh yang diberi.
















Ok kita mulakan. Ukur bahu jubah tersebut dan panjang bahu ke dada dan lebar dada. Dapatkan dua keping kain. Bahagian depan lehernya di tebuk lebih kebawah sedikit supaya kepala muat. Bahagian belakang seperti baju kurung pun tak apa.





Oleh kerana kain lebihan ini ada bahagian yang besar dan ada bahagian yang dah dipotong kecil, jadi saya memerah otak nak fikir bagaimana nak cantum-cantumkan kain agar ia boleh di jadikan kain.
Lihat gambar di bawah.





Gambaran tepi kain



















Cantumkan bahagian atas dengan kain
















Dah dicantum. Nampak dah jadi, kalau kurang panjang tangan atau kurang panjang kain kat bawah, kita bolehlah tambah renda  mengikut warna kain untuk mencantikkannya.
















Rezeki kakak tu, dapat pun sepasang baju kurung dan sepasang jubah.
Mudah-mudahan kakak tu puas hati.



Ok selamat mencuba dan jumpa lagi.


Rabu, 16 April 2014

Menjahit Antara Punca Rezeki

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika rezeki itu memang milik kita insyaallah pasti akan datang walau sejauh mana, walau sekecil dan sebanyak mana, segalanya Allah yang tentukan. Hanya kita yang berusaha untuk mendapatkannya. Beginilah rutin harian sebagai seorang tukang jahit. Alhamdulillah.

Sebagai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap saya cuba untuk terus menerima tempahan dalam pelbagai jenis. Kain yang sering diterima adalah kain untuk di jahit tepi, di baiki sama ada di kecilkan, dipendekkan dan pelbagai lagi. Alhamdulillah menjahit ini menjahit pendapatan sampingan malah ia merupakan aktiviti pengisian masa saya yang terluang. Siapa sangka pendapatan menjahit sentiasa ada. Contohnya masa saya tengah buat entry sekarang pun tiba-tiba sahaja pintu di ketuk nak minta jahit. Upah tidaklah banyak tapi bayangkan rm1 pun kalau di kumpul insyaallah bertambah.

Semalam semasa kelas nak mula, tiba-tiba ada yang hantar seluar nak minta jahit sekarang katanya. Begitulah pelanggan, namun melihat pada masa terluang kita sebagai tukang jahit, kita kenalah memaklumkan pelanggan bila kain tersebut akan siap. Kerana itu saya sangat ingin memberi dorongan kepada semua wanita agar belajar asas jahitan. Mungkin sekarang ilmu ini tidak di lihat kepentingannya namun akan datang ilmu ini sangat bermanafaat.

Kain yang tuannya minta di jahit tepi.





























Panduan asas menjahit baju kurung secara online















Mungkin anda juga berminat menjadi salah seorang dari kami di Akademi Berkerja di Rumah




















Jika berminat sila pm saya

Fb: abdullah_farhana
Email: pn.nurfarhanaabdullah@gmail.com

Jumaat, 11 April 2014

Teknik Jahit Kain Lipat Depan

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur sekali lagi kita dapat bertemu. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana cara menjahit kain lipat depan cara mudah. Cara ini mudah dan cepat. Apa yang anda perlukan hanya mengambil ukuran pinggang, punggung, labuh kain dan lebar kain bawah. Sila lihat gambar di bawah.

Langkah pertama:
Sediakan getah dan pengeras untuk pinggang. Lihat gambar dibawah. Kain yang kecil di dalam gambar tersebut anda lipat dan jahit hujung getah. Bahagian ini adalah tempat anda jahit Huk ( besi ).
Cantumkan semua bahagian seperti dalam gambar dibawah.





Langkah kedua:
Ukur panjang zip, pastikan bahagian pinggang kain ( atas zip )  tanda . Pastikan bahagian atas anda tanda untuk bahgian getah. lihat gambar dibawah.




Langkah ketiga:
Gambar di bawah dimana anda jahit zip. Jahit zip di bawah kira-kira 2 inci dari atas.




Langkah keempat:
Tanda bahagian pinggang secara menyerong kemudian jahit.




Langkah kelima:
Pastikan kain bahagian belakang sama lebar dan panjang dengan kain bahagian depan. Kain hahagian depan semestinya telah anda lipat mengikut ukuran barulah di tekap pada kain bahagian belakang dan cantum kedua kain tersebut.




Langkah keenam:
Jahit getah bermula di bahagian getah yang ada kain hingga ke hujung. Kemudian tarik kain untuk menyusun lipatan lipatan kain yang terkumpul agar sama rata kemudian jahit.


Dah siap. 




Selamat mencuba...













Isnin, 7 April 2014

Ebook 44 Resepi Pantang Traditional Melayu






Dapatkan EBOOK 44 RESIPI PANTANG yang lengkap dengan resipi berkhasiat
untuk ibu-ibu dalam proses berpantang.

Nasi
1.      Nasi Herba
2.      Nasi Goreng Lada Hitam
3.      Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4.      Bubur Nasi Ulam

Ikan
5.      Ikan Bilis Herba Istimewa
6.      Ikan Bilis Lada Hitam
7.      Ikan Gelama Panggang
8.      Ikan Kembung Bakar
9.      Ikan Parang Masak Pindang
10.  Ikan Selar Panggang
11.  Ikan Selar Rebus Halia
12.  Ikan siakap Kukus Halia
13.  Ikan Tenggiri Singgang
14.  Sup Ikan Haruan
15.  Ikan Tenggiri Kukus Istimewa
16.  Sup Ikan Merah

Daging
17.  Daging Lada Hitam
18.  Singgang Daging

Ayam
19.  Ayam Organik Bakar
20.  Ayam Organik Bakar Halia Muda
21.  Ayam Organik Lada Hitam
22.  Ayam Organik Masak Tomato
23.  Bergedel Tempe Istimewa
24.  Sup Bebola Tauhu
25.  Sup Bebola Tenggiri

Sayuran/Ulaman
26.  Kailan Bertauhu
27.   Kerabu Pegaga
28.  Pisang Kebatu Rebus
29.  Sawi Lada Hitam
30.  Sawi Rebus
31.  Tauhu Sayur Campur
32.  Sup Sayur Campur
33.  Sup Ayam Organik
34.  Tempe Goreng Istimewa
35.  Tumis Sawi Herba
36.  Halwa Halia

Minuman Herba/
37. Air Halia Muda
38. Air Kunyit
39. Air Rebusan Pegaga
40. Jus Halia Kurma
41. Rebusan Manjakani

Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
42. Jus Lobak Merah
43. Jus Lobak Merah dan Saderi
44. Jus campuran lobak dan tembikai susu

Sarapan/Menu Petang
Tip makanan Sihat Ibu Berpantang
Info Herba/ Ulaman untuk Ibu Berpantang
Diari Menu Sihat 44 Hari Pantang
Apa Kata Pakar/ Perbidanan


PM saya untuk pesanan.
Email : pn.nurfarhanaabdullah@gmail.com
Sms : 019-5600927
Facebook : abdullah_farhana

Sabtu, 5 April 2014

Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline


RM50 Sahaja
Bab 1: • Memilih fokus produk yang sesuai contoh pilihan adalah pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.  
• Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
• Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
Bab 12, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline.
“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.- Perbaiki kelemahan.- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.


Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2  Rangkaian industri butik
1.3  Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan 
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal 
 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran
5.1  Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2  Panduan khidmat pelanggan
5.3  Kemahiran khidmat pelanggan
5.4  Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran
8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9:  Promosi/pemasaran 
 9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran

Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan                     

Bonus 1
Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2  Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Bonus 2
Bab 12 Motivasi bisnes 
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3  Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya,

Email : pn.nurfarhanaabdullah@gmail.com
Sms : 019-5600927
Facebook : abdullah_farhana



Ebook Belajar Asas Blog







Bab 1-  Analisa Penentuan Tajuk Blog

Bab 2- Pendapatan Pasif
Bab 3 - Rancang Penulisan
Bab 4 - Menyusun Bab
Bab 5 - Jenis Entri dan Penulisan
Bab 6 - Tips Penulisan
Bab 7 - Tulisan Berpengaruh
Bab 8 - Motivasi Menulis
Bab 9 - Asas Suntingan
Bonus 1 - Mengurus Ebook Pertama

Mengapa perlu ada blog?

1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.

 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.


Kini pendaftaran masih dibuka untuk 4 kelas di bawah:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula rm5, rm10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Kami menyediakan trek untuk bermula. Jika tidak ada produk, kami sediakan produk.

1. Produk fizikal, produk sunnah, buku
2. Produk digital-ebook
3. Agen periklanan
4. Produk runcit dan borong


Kami kini di akademi bekerja di rumah, menerima pendaftaran hampir setiap hari. Uniknya kelas ini adalah fleksibel, secara online, pendaftaran juga online. Alhamdulillah atas rezeki ini yang kami kongsi bersama.

Bagaimana kelas diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir
dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.



Sebarang pertanyaan hubungi saya:

Email : pn.nurfarhanaabdullah@dmail.com
Sms : 019-5600927
Facebook : abdullah_farhana

Rakan Niaga


Info Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah



Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah
Alhamdulillah, kini dibuka pendaftaran untuk rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah dengan menjual pakej dan service digital saja. Tak perlu keluar rumah, semuanya hanya di atas talian. Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan niaga akademi bekerja di rumah bermula bulan Disember 2013 ini. Semoga ia dapat membantu menambah duit poket atau menjadi pendapatan utama bagi mereka yang rajin mengusahakannya. 



Apa yang kalian jika mendaftar bersama kami?
  • Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
  • Hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

InsyaAllah, kita sama-sama belajar dan keluar dari zon selesa. Pada masa yang sama berusaha menambah pendapatan TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA.
Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. InsyaAllah usaha agar kejayaan kita raih bersama.

Produk-produk dan Kelas Online Akademi Bekerja Di Rumah : 

Koleksi E Book






















Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. h. Membina rangkaian pengedar, mencari kenalan baru, mencari peluang bisnes baru melalui jaringan Akademi Bekerja Di Rumah

Pendaftaran kelas-kelas online dibuka setiap hari, boleh pilih kelas yang bersesuain dengan keperluan atau minat kalian.


1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif-daftar 
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan.


Jika berminat sila hubungi saya:
Email : pn.nurfarhanaabdullah@gmail.com
Sms : 019-5600927
Facebook : abdullah_ farhana

Khamis, 3 April 2014

Kain Baru

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan rahmat dan hidayah Allah sekali lagi kita dapat berkongsi cerita.
Sememangnya semakin hari alhamdulillah saya rasa masih lagi bersemangat untuk meneruskan bisnes di rumah walaupun tidaklah sehebat orang lain.

Syukur alhamdulillah setelah mempunyai blog, fanfage dan fb saya semakin sebok melayan pertanyaan tentang bisnes yang saya lakukan. Sebagai hamba Allah yang sememangnya sedar segalanya milik Allah dan semua milik kita hanya peminjam sementara,  bersyukur dengan rezeki Allah walaupun sekecil zarrah.

Kini saya bawakan anda kain-kain baru untuk jualan borong. Kain ini dikira borong di beli dengan hanya 5 pasang. Kain juga boleh di campur jenis dan masih di kira borong jika 5 pasang keatas. Ini kerana ramai antara kita yang inginkan kain yang jenis dan corak yang berlainan.

Berikutan harga kain mengikut jenis:

KAIN CINTA JENNAH
RM 36 sepasang ( borong sahaja ) x masuk pos. Sepasang RM55 termasuk pos
















Macam mana?..Cantik-cantik kan?...Jika berminat boleh hubungi saya.

Semoga hidup kita sukses dunia akhirat. Aamiin.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...