Selasa, 30 Disember 2014

Kekabu Oh Kekabu

Bismillahirrohmaanirrohiim

Syukur alhamdulillah sekali lagi dapat berkongsi cerita. Kali ini mengenai kekabu pula.

Balik kampung baru-baru ini, saya mengambil peluang untuk mencari kekabu untuk di jadikan bantal. Bantalnya memang sedap dipakai ketika tidur. Pada mulanya saya sudah merasa kecewa kerana tempat yang saya selalu beli telah kehabisan stok. Namun saya luahkan pada suami mungkin tak ada rezeki saya, tak pelah nanti kita cuba-cuba tengok kedai lain. Mana tau ada".  Sudah tertulis rezeki Allah beri juga kekabu ini pada saya. Alhamdulillah akhirnya saya terjumpa di kedai yang tidak di sangka-sangka ada menjual kekabu tersebut. Malah harga juga murah sedikit dari kedai yang saya selalu beli. Sungguh, jika kita berusaha dan berserah pada Allah, pasti Allah ganti dengan kegembiraan.


Sebenarnya ada pelanggan yang order minta saya jahit kan tilam bayi guna kekabu. Sebab itulah saya berusaha hendak mencari. Moga sahaja segala urusan di permudahkan. Bila masa kita mencari dan mengharap sesuatu untuk kita miliki itu tidak kesampaian, jangan risau dan kecewa, tetapi letak sahaja pada Allah, jika ada rezeki tak akan ke mana. Mungkin ada hikmahnya, dan mungkin juga ada yang lebih baik untuk kita.

Wallahua'lam.


Selalunya saya beli kekabu ini rm14 sekilo. Tapi kali ini rezeki dapat murah sedikit, rm13 sekilo. Beli empat pun bonet kereta dah penuh.









Kemboja Di Parit Buntar

Bismillahirohmaanirrohiim


Salam buat semua. Moga anda juga sihat seperti saya di pagi yang mendung sekitar Kulai Johor. Kita sama-sama doa kan rakan-rakan dan saudara seagama kita yang di timpa musibah kerana dek banjir yang dahsyat. Moga mereka tabah menghadapinya. Insyaallah kita sama-sama bantu setakat mana yang termampu kita hulur kan.


Cuti seminggu yang tidak di rancang tujuan pada mulanya, akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik kampung suami di Teluk Intan. Mulanya takut juga balik, maklumlah musim hujan. Takut-takut jika dalam perjalanan banjir. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Esoknya kami ke Parit Buntar menghadiri kenduri keluarga sebelah isteri ipar saya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan lancar, walaupun ada ketika hujan di Lebuh Raya menuju Ipoh. 

Setelah selesai kenduri, kami singgah sebentar di Pasar Kemboja di Kilang. Saya sendiri kurung faham. Menurut ipar, Pasar kemboja di tepi jalan itu selalunya hari Sabtu sahaja. Tetapi jika Kemboja di Kilang setiap hari.  Kami mengambil peluang mengunjungi Kemboja di Kilang. Setibanya di sana, terhidu pula bau semacam dalam kereta. Kami masing-masing risau dengan bau seakan-akan hangit. Suami periksa keadaan kereta kerana perjalanan kami balik sememangnya jauh. 

Ketika saya masuk dalam bangunan tersebut, ia seakan-akan pasar raya yang menjual pelbagai kain. Orang juga berpusu-pusu memilih. Ketika melihat harga, saya rasa tidaklah jauh murah harganya di bandingkan tempat lain. Namun ada sesetengah kain tudung memang murah. Saya hanya membeli 7 helai tudung labuh bersaiz L dan XL. Harga asalnya Rm25, tetapi bila minta kurang alhamdulillah dapat juga Rm140 semuanya. Sila lihat gambar di bawah. 


Gambar dalam perjalanan.







Masuk sahaja dalam Pasar Kemboja ini terus ambil gambar. Namun gambarnya tidak terang, maklumlah telefon canggih sangat. Maaf je la ye...













Hanya ini tudung yang saya beli. Saiz L dan XL rm25 sehelai. 




Ahad, 21 Disember 2014

Mudahnya Memasak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua peminat blog. Seronok berkongsi ilmu yang pelbagai. Maaf sekiranya saya kongsikan ilmu yang lari dari tajuk Laman saya. Apa pun terima kasih kerana masih setia melayari Laman yang tak seberapa ini.

Kali ini saya ingin kongsikan Menu ringkas iaitu Kek Pisang Kukus yang sangat ringkas dan mudah untuk di sediakan. Selalunya saya bakar kek pisang, tetapi kali ini saya mencuba untuk mengukus pula. Alhamdulillah menjadi juga. Suami balik dari kerja, terus dia tercium bau kek. Berseri-seri senyumnya melihat kek atas meja. Bolehlah makan.








Bahan-bahannya:

8 biji pisang emas ( di lenyek )
3 biji telur ( c )
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan dan 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar bikarbonat
1 biji limau nipis
secubit garam


Cara-caranya:

Pecah kan telur dan masukkan gula kemudian gaul sampai sebati. Masukkan minyak, masuk vanila, air limau nipis, garam, tepung jagung, bikarbonat dan tepung naik sendiri. 
Perhatian! Sila gaul sebati setiap kali memasukkan bahan.

Selamat mencuba.....


Sabtu, 20 Disember 2014

Alhamdulillah Aku masih Bernyawa.

Alhamdulillah.

Syukur alhamdulillah pada Mu ya Allah, kerana masih lagi memanjang kan umurku untuk menjalani rutin harian sebagai hamba Mu.

Pagi Sabtu, saya melakukan kerja seperti biasa. Setelah masak untuk tengah hari, selepas makan tengah hari bermenukan nasi goreng dan ayam goreng, berserta kan sayur daun selom sebagai ulam. Jam 1pm, terasa seperti pening, sakit ulu hati, keras semacam. Badan semakin tak selesa, seperti kebas-kebas. Tiba2 rasa sukar untuk bernafas, kepala pening dan rasa nak muntah. Berlari ke bilik air, terus muntah. Ingatkan dah habis, belum lagi rupanya, muntah lagi dan badan mula lemah dan pening. Suami memapah dah tak larat nak jalan. Nak muntah lagi, tak sempat pergi bilik air, muntah atas tilam, kali ini muntah yang sangat banyak, cadar dua habis, kain batik dua dan selimut satu habis kena muntah bersepah atas lantai. Dah tak larat pergi bilik air. Kepala berpinar-pinar, badan dah tak larat bergerak. Tiba-tiba rasa nak pergi ke tandas pula. Suami papah, muntah dan cerit berit. Dah tak mampu berdiri apa lagi hendak berjalan hingga terduduk atas lantai tandas. Suami papah ke bilik, baru nak rehatkan badan terasa nak muntah lagi, kali ini sempat sampai bilik air terus muntah dengan banyak. Kali ini teruk, muntah tak henti2 malah muntah dengan sangat kuat bunyinya, seperti seluruh tenaga mengeluarkan isi perut dan terasa sukar bernafas. Badan langsung tak bertenaga sambil memanggil suami. Setelah puas mengeluarkan isi perut, kini berulang alik ke tandas pula. Cerit seperti air mengalir tanpa henti. Hanya Allah yang tahu. Dalam hati, ini ke pengakhiran hidupku. Suami papah ke bilik dan saya baring rehatkan badan. Suami dah mula bimbang, macamana saya hendak ke kelas kalau dah macam ni. Saya meminta suami hubungi majikan untuk mencari pengganti. seakan terdengar perlahan lahan suami berbicara dengan majikan. Ketika saya sedar, sudah menjangkau jam5pm, saya melihat suami tertidur atas lantai. Kasihan dia, terasa seperti menangis melihat suami menunggu saya sedar. Suami mengadu sakit pinggang, kasihan..mungkin sebab banyak kali memapah.

Seumur hidup saya, tak pernah muntah sebegitu teruk. Berapa jam tak henti-henti muntah dan di ikuti pula cerit. Dari jam2 hingga 4.30 agaknya. Suami kata air yang saya simpan untuk digunakan dua hari dah nak habis. kebetulan dalam dua hari air paip tergendala. Tak pelah...dugaan. Pelik...kenapa tiba-tiba muntah dan cerit macam tu. Suami kata mungkin keracunan makanan, tapi apa yang saya makan , suami pun makan. Mungkin ada hikmahnya Allah beri sakit sedemikian.

Pagi ini terasa sedikit bertenaga, awal pagi mop bilik yang berbau muntah mencuci semua kain semalam.

Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa ini. Terima kasih kerana memberikan suami yang bertanggung jawab. 

Bang terima kasih kerana jaga saya. Maaf kerana menyusahkan, pengalaman ini akan saya kenang selamanya. Hanya doa moga Allah panjang kan usia saya untuk berkhidmat untuk abang dan moga ikatan kita hingga ke Jannah. Aamiin.


Rabu, 17 Disember 2014

Arba Pendapatan Pasif

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger.

Kenapa kita tidak sokong Syarikat orang kita untuk maju bersama.

Syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmatnya. Rezeki yang tidak di sangka-sangka. Ingin saya kongsikan kepada semua pembaca mengenai Program ARBA. Rasanya saya tidaklah pandai untuk berkata-kata mengenai sesebuah Syarikat. Bagaikan cendawan tumbuh, Syarikat banyak yang mendatang kan pendapatan lumayan, malah ramai pelanggan yang hidup menjadi biasa kepada luar biasa. Begitu juga dengan ARBA.  Apa yang saya hanya ingin kongsikan pada anda bahawa, sebelum ini suami sering bercerita mengenai ARBA. Pada mulanya saya tidaklah percaya dan kurang berminat dengan Syarikat ini. Namun setelah suami telah mula menjadi ahli dan mendapat hasil barulah saya mula percaya. Malah suami telah mengisi nama saya sebagai ahli dan di bawah downlinenya, ternyata alhamdulillah, saya semakin teruja. Setelah dua bulan pertama, di ikuti dengan surat perjanjian dengan Syarikat yang di kirim kepada kami. Kini Kopi Pak Belalang sebanyak 12 kotak, setiap satu kotak mempunyai 20 kotak kecil. Kotak kecil berisi 20 pek yang berisi 30g.

 Alhamdulillah, kini saya seolah-olah mendapat gaji seperti gaji Diploma. Walau bagaimana pun, pendapatan ini di kira pendapatan pasif dan saya tetap melakukan kerja harian seperti sedia kala, mengharap kan pendapatan ini dapat saya berikan pada keluarga. Moga segala segala rezeki ini dapat di manfaatkan bersama dan menjadi jambatan untuk mereka mendapat hidayah. Apa pun kita hanya berusaha,  selebihnya kepada Allah kita bertawakkal. Moga rezeki yang ada ini bersih dari sifat haram. Aamiin. Jika anda berminat, sila klik Arbanetwork untuk keterangan lanjut. 



Apa itu Kopi Pak Belalang.




















Sebanyak 12 kotak besar, kesihan suami tak larat angkat naik ketingkat 3.












Jumaat, 12 Disember 2014

Membazir

Bismillahirrohmaanirrohiim

Salam untuk semua.

Baru-baru ini, ketika saya menanti order di sebuah Restoren, tak semena-mena saya terpandang atas meja yang sudah di tinggalkan oleh pelanggan. Terkejut melihat beberapa ketul ayam goreng yang masih besar tidak habis dimakan. Malah seketul ayam goreng yang masih belum di jamah langsung. Mak oi!!!..Inilah sifat segelintir rakyat Malaysia yang suka membazir. Masa itu terdetik dalam hati untuk mengambil gambar untuk di muatkan dalam entri, namun terbantut kerana segan kerana ramai orang memerhati. Kemudian semalam sekali lagi saya ternampak atas pinggan yang sudah di tinggal pelanggan. Kebetulan senang untuk di tangkap gambar.

Bukanlah tujuan untuk memburukkan sesiapa, namun dalam hati sedih, bila terkenangkan mereka yang susah untuk mendapatkan makanan. Bagi mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tentu sukar bagi mereka. Mungkin juga kita tidak pernah merasa susah untuk mencari sesuap nasi. Mungking juga kita telah terbiasa dengan makan yang mewah. Kadang kala juga kita memang telah kenyang dan makanan yang kita order itu tidak menepaiti selera kita. Namun apa pun alasannya moga Allah mengampunkan kita dan rezeki yang menjadi lebihan kita itu lebih baik kita laburkan pada mereka yang memerlukan.

Aamiiin.

Wallahua'lam.



Sabtu, 6 Disember 2014

Blous Lecra

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum ...

Kepada sesiapa yang minat pakai Blous, bolehlah ke Kedai Jekal untuk membeli kain Lecra yang di jual secara murah hngga awal Januari depan. Selain kain Lecra, banyak lagi kain lain yang di jual secara murah. Apa yang ingin saya kongsikan ialah, kain Lecra memang sedap untuk di buat Blous. Mari kita kongsikan cara untuk buat Blous ringkas.

Lihat gambar dibawah.


Buat 2 keping kertas mengikut ukuran. Bahagian depan ditambah 4 inci pada kertas. Ketika di letak atas kain, pastikan kain tersebut anda lipat. Kemudian gunting, bahagian tengah dada jangan di gunting. Bahagian belakang leher lipat lipatan 4 inci tersebut barulah di gunting. Bahagian belakang bahagian dada tidak di lipat sebab tu di tambah 4 inci. Harap anda faham ye.







Langkah ke dua. Bahagian depan yang telah digunting. Leher luas, untuk dilipat.







Langkah ke tiga. Tandakan seperti gambar dibawah. Bahagian garisan kedua kiri dan kanan dijahit lurus kebawah.







Langkah ke empat. Setelah dijahit lurus. Jahit ikut suka anda. Saya jahit 6 inci kebawah.







Langkah ke lima. Setelah dijahit lurus, buat seperti ini.







Langkah ke enam. Cantumkan kedua-dua bahu baju bahagian depan dan belakang, kemudian ambil kain lebihan untuk di tampal di atas lubang leher. tanda dan jahit heler, barulah gunting ikut leher anda.







Langkah ke tujuh. Leher setelah di jahit. Kalau baju sendiri jahit cincai pun tak apa di bahagian leher, sebab bila pakai tudung tak adalah nampak. He...







Langkah ke lapan. Cantum dari hujung tangan hingga ke bawah. Siap untuk di pakai. Tujuan untuk lipat depan ialah, bahagian depan nampak besar, jadi sesuai untuk mereka yang mengandung. Selesa untuk dipakai. 







Selamat mencuba......

Selasa, 2 Disember 2014

Hotspring Ranau

Bismillahirrohmaanirrohiim

Salam ukhwah buat semua Blogger.

Negara kita Malaysia sangat indah dan mempunyai banyak tempat yang menarik. Bagi mereka yang gemar melancong tentu sahaja sering mencari tempat menarik untuk di kunjungi. 

Antara salah satu tempat yang menarik pelancong dalam negara mahu pun luar negara ialah, Hotspring Ranau Sabah. Hotspring Ranau merupakan Taman Rekreasi, yang mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi. Antaranya ialah, Taman Rama-rama, Jambatan atas pokok, Gua Kelawar, Air Terjun, Tanam Haiwan, dan Kolam Air Panas. Lihat sahaja gambar di bawah ini. Gambar ini hanya sedikit sahaja. Jika secara kebetulan anda ingin ke sana, insyaalah anda akan berpeluang untuk melihat Bunga Reflisia.

Sekitar Ranau sahaja banyak tempat menarik untuk di kunjungi. Antaranya ialah, Hotspring, Sungai Tagal Luwanti, Kaki Gunung Kinabalu selain mendaki Gunung dan banyak lagi. 















































Sekiranya anda ke Hotspring Ranau pada hujung bulan jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Tamu Besar Ranau setiap hujung bulan iaitu 30hb Pasar malam bermula dari jam 2 pm hingga jam11 pm dan tamu tersebut di sambung pada 1hb pada keesokan hari. Tamu Besar telah berpindah di Lapangan Terbang ( lama ) Ranau bertempat di kampung Merakau Kampung kelahiran penyanyi Nazeri Raihan. Apa yang menyeronokkan Tamu ini selain daripada penduduk tempatan, kebanyakkan penjualnya juga datang di serata negeri Sabah, seperti Sandakan, Semporna, Tawau Kota Kinabalu dan lain-lain. Mereka menjual pelbagai barangan dan anda akan saksikan pelbagai gelagat penjual dan pengunjung.


Jadi jika anda ingin berkunjung ke Sabah pastikan anda tidak terlepas dari menikmati pemandangan-pemandangan yang sangat indah. 

Selamat melancong...






Isnin, 24 November 2014

Kebun Kami

Bismillahirrohmaanirrohiim

Salam buat semua.


Memandangkan sekarang saya sibuk untuk menjahit tempahan pelanggan, saya tidak mempunyai ruang untuk mencari idea baru untuk di muatkan dalam entri saya. Walau bagaimana pun saya suka kongsikan pada anda sedikit sebanyak aktiviti keluarga kami. 

Seperti entri yang lalu saya kongsikan apa yang saya impikan mengenai tanah yang tidak seberapa ini untuk di majukan. Kali ini saya ingin kongsikan keadaan kebun buah-buahan kami seluas 7 ekar daripada 16 ekar yang sudah mempunyai  pokok buah-buahan. Sebelum ini saya ingin jadikan kebun ini sebagai aktiviti untuk membawa pelancong yang akan menginap di Homestay kami. Wow!!!. Hebat angan-angan kan?... Insyaallah moga sahaja di permudahkan usaha dan tercapai apa yang di impikan. Kebun ini 2 atau 3 kilometer dari tempat yang akan didirikan Homestay tersebut. Jangan pula ada yang salah faham. Homestay tersebut masih dalam perancangan, belum lagi diusahakan kerana masalah kewangan. Sekarang kami sedang berusaha untuk menyimpan. Nak pinjam tak berani, nak menyimpan tunggu lah. Jika ada rezeki akan tercapailah impian ini.

Malunya nak kongsikan pada blogger yang lain tentang impian yang mungkin masih samar. Apa pun moga anda melihat betapa cantik dan indahnya rezeki yang Allah kurnia kan pada kami ini. Betapa beruntungnya orang yang menafaatkan tanah, tanah pun akan membuahkan hasil. Syukur alhamdulillah.


Gambar dibawah: Kebun milik saya sendiri, pokok belum berbuah lagi. ( Segalanya milik Allah )







Gambar bawah: Kebun ayah, seluas 5 ekar. Pokok apa yang ada ialah, durian, langsat, pokok tarap, limau, nenas, pisang, koko, manggis, cempedak, dan beberapa pokok lain yang di selit kan bagi menambah pendapatan.




































Gambar bawah: Mesti ada yang tertanya-tanya buah ini kan?...Inilah dia buah tarap. Rasanya memang sedap. Ramai pelancong merasa buah ini sedap. Ia juga sangat wangi seperti wanginya durian atau cempedak.












Gambar bawah: Ketika balik kampung musim buah yang lalu. Saya mengambil kesempatan menyibok, kononnya nak tolong jual.

















Tengok gambar ni memang seronok. Dapat makan bermacam-macam buah-buahan jika pada musimnya. Secara jujurnya kami sekeluarga kurang membeli buah dan sayur, begitu juga dengan beras, kerana padi juga kami tanam untuk di makan dalam setahun. Jika padi tersebut tidak mencukupi barulah kami membeli beras yang terdapat di kedai. Begitu juga dengan ayam dan ikan, kerana ikan kolam dan ayam kampung juga diternak. Maknanya hidup di kampung bukanlah boleh dikatakan susah jika di bandingkan di bandar, yang serba serbi guna wang. Di kampung hanya bayar bil Elektrik dan Telipon sahaja. Memang best!!!. 

Moga apa yang di pinjamkan oleh Allah kepada kami ini dapat kami manafaatkan dan juga di kongsi pada orang lain. 


Ok moga kita bertemu di entri yang akan datang. Selamat meneroka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...