Rabu, 22 Oktober 2014

Hari Ilmu Percuma

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat dan selawat ke atas junjungan Nabi kita S.A.W.

Alhamdulillah, begitu cerah cuaca hari ini. Bangunan sekitar belakang balkoni rumah dah semakin kelihatan, di bandingkan beberapa hari yang lalu kerana jerebu. Walau pun dua malam ini bunyi dentuman mercun yang menggamit telinga hingga sukar melelapkan mata. Moga sahaja semua makhluk Allah memperolehi nikmat yang sementara ini dengan penuh ceria.

17hb Okt yang lalu. Ketika menghadiri seminar saham secara percuma, setelah tamat pergi ke Public Gold pula. Ketika di pejabat Public Gold berjumpa dengan seorang yang merupakan pro dalam jualan emas. Dia dengan tak lokeknya bercerita tentang kebaikan menyimpan emas dan menjadi dealer. Terbuka lah minda, dapat mengetahui cara membeli dan menjual emas pada masa-masa yang tertentu.

Setelah selesai urusan di pejabat Public Gold, sebelum balik kami singgah di Angsana Mall untuk melihat pameran dan jualan pelbagai buku. Suami yang sememangnya boleh di kira ulat buku, beli dua naskah buku Irfan Khairi. Tak sangka dapat pula Solusi dua secara percuma. Memang rezeki betul lah hari ini. Selesai membeli, dengan tak semena-mena ketika melihat di pentas sana, si angkasawan tengah berucap sambil berkongsi cerita pengalamannya ketika di Bulan. Wow!!!...Hari ini memang rezeki betul lah. Apa pun moga ilmu ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan menarik rezeki untuk di manfaatkan. Aamiiin.



















Isnin, 20 Oktober 2014

Mesin Sulam Ku

Bismillahirohmaanirrohiim

Salam pagi selasa buat semua rakan blog. Moga semua urusan kita hari ini di permudahkan. Aamiiin.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, 18hb Okt yang lepas Mesin Jahit saya telah pun selamat sampai di rumah. Sangat puas hati dengan apa yang saya dapat. Mesin cantik, banyak hadiah tambahan, terutama Logo yang diberi percuma dan lebih 10k petten yang diberi.  Terima kasih rakan blog saya Azue kerana sarankan kak Asiah pada saya.

Nampak gayanya, kenalah saya belajar sungguh-sungguh buat besnes yang tidak seberapa. Alhamdulillah, suami memahami dan sangat memberi dorongan. Katanya jangan saja mengeluh penat lepas ni. Maklumlah umur dah semakin meningkat ni, badan sering tak sihat. Sebelum meneroka mesin sulam ini, kenalah siapkan tempahan orang dulu.



Nilah mesin sulam yang berharga rm3599. Termasuk desgnt sulam lebih 1 ribu.






Cara guna pun senang je..tak payah pijak dengan kaki. Tekan dengan hujung jari sahaja untuk jahit dan stop.








Antara rezeki semalam . Hari ini nak sambung jahit langsir pula. 







Antara jenis sulama







Terima kasih kak Asiah Hj. Talip 







Semoga semuanya sukses belaka. Aamiin.


Sabtu, 18 Oktober 2014

Kursus Pelaburan Saham

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalammualikum. Moga anda semua dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Seminggu tak buat entri rasanya begitu lama sangat dan rindu untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan blogger.

Pagi yang mendung  di sekitar Kulai ini, saya ingin kongsikan pada anda apa yang saya buat sekitar seminggu yang lalu. 17hb saya dan suami, serta ditemani adik saya, menghadiri satu seminar Klinik Wealth Magnet ( Dunia Pelaburan Saham), yang di anjurkan oleh Dr.Azizan secara percuma di New York Hotel. Panelnya ialah Hj. Mohd. Asri bin Ahmad dan di hadiri oleh Dr Mohd Nazri Khan.

Mungkin ramai yang kenal dan tidak kurang juga yang tidak kenal siapa mereka ini. Tetapi mereka yang pernah menghadiri mana seminar mengenai Saham pasti mengenali mereka. Hj Mohd Asri ialah seorang yang memulakan kerjaya korporat di bidang pembekalan dan pembinaan sehinggalah akhirnya beliau telah membina perniagaan sendiri di bidang yang sama sebagai pengarah urusan. Kini beliau digelar MENTOR PELABURAN SAHAM NO.1 MALAYSIA.

Bercerita sebelum menghadiri seminar Pelaburan Saham ini, saya tidak berminat langsung untuk mengetahui apa itu Saham. Hadir ke seminar ini pun kerana di paksa oleh suami. Bermula dari pengenalan hinggalah ke akhir seminar, saya sangat-sangat teruja nak buat. Rupa-rupanya senang sangat main Saham ini. Patutlah Nyonya dengan Baba goyang kaki saja. Rupanya hari-hari ribuan ringgit masuk Bank. Sebelum ini ramai yang takut rugi, dan kata Saham itu haram. Tetapi sebenarnya tidak. Tuan haji kata, kita  sibok nak komen tentang kenaikan harga minyak dan barang, tapi kenapa kita tak beli Saham Petronas, Tnb dan sebagainya. Tak susah pun, pergi ke Affininvestmentbank, atau mana-mana Bank yang ada Investment, daftar dan isi maklumat di internet. beli dan jual atas katil sahaja. Tak payah keluar rumah, wang dapur 5k sehari pun lepas. Cuma kata Tuan hj. ikut apa yang dipelajari, jangan ikut nafsu nak untung sahaja, jual masa bulan tertentu mestilah rugi. Kita kena betul kan niat, mahu kaya kerana apa?..betul kan niat, apa sahaja yang kita lakukan pasti ada jalannya.

Kursus ini sangat membuka minda saya malah, membuka minat saya. Sepas sahaja kursus tamat saya sudah tak sabar untuk membuka akaun. Sampai suami kata, Aik..dia pula yang beria-ia. Astagfirullah, bila nafsu menguasai diri kita itulah masanya syaitan akan mengambil kesempatan.

Tujuan saya kongsikan entri ini bukanlah mahu menunjuk-nunjuk tetapi mahukan semua rakyat malaysia terutamanya se agama dengan saya ingin keluar dari hidup biasa kepada hidup luar biasa, agar dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ruginya saya kali ini, apataknya lupa tangkap gambar. Hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada rakan-rakan. Apa pun fikirlah sendiri dan buat pilihan.









Sabtu, 11 Oktober 2014

Kotak Tisu

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini rasa masih tak berapa sihat lagi. Sejak Rabu minggu lepas dah mula tak sihat. Itu pun setelah kakak sarankan saya minum air limau barulah reda sedikit batuk ini. Tekak rasa macam kering saja. Bila bercakap saja batuk. Batuk yang sangat kuat, sampai rasa perut kecut menahan batuk. Suami bawa ubat batuk dari hospital pun rasanya tak ada kesan. Cuma mengantuk yang teramat sangat. Hingga hari ini rasa masih macam mabuk. Rasa pening, dan rasa lenguh-lenguh pula badan ini. Mungkin disebabkan kurang tidur, apa taknya, sentiasa batuk. Tengah malam batuk yang teramat sangat, membuatkan tak lena tidur. Siang hari juga batuk memanjang. Bila tak sihat, nak menjahit pun tak ada mood. Apapun syukur alhamdulillah sakit yang Allah beri ini hanya sedikit di bandingkan dengan orang lain. Terima kasih Allah dengan usia ini dapat saya beribadat pada Mu dan berbakti pada insan tersayang.

Teringat pula tentang satu kotak tisu yang saya jumpa di tempat kerja dulu. Rasa teringin pula nak jahit macam tu. Jom kita lihat sarung kotak tisu ini.





















Macam mana?..Rasanya anda boleh faham tak cara jahit. Insyaallah kita sama-sama cuba ye.



Isnin, 6 Oktober 2014

Biar Kecil Asal Berhasil

Bismillahirohmaanirrohiim

Salam buat semua yang suka melayari mana-mana Laman Blog bagi menambah pengetahuan. Tak kira apa laman blog yang penting dapat manfaat yang baik. Moga anda semua di dalam keadaan sihat sentiasa. Begitu juga dengan saya. 

Biarpun berlainan minat dan kelebihan pasti tak lari dari hasrat yang satu iaitu ingin berkongsi minat dan ilmu. Begitu juga dengan saya, sentiasa inginkan pembaharuan dan ilmu yang baru agar, ilmu yang tak seberapa ini  bertambah.




Tajuk entri kali ini mengenai sebuah buku Chef Le yang bertajuk Biar Kecil Asal Berhasil. Tajuk ini begitu ringkas tapi isi kandungannya penuh dengan maksud yang tersirat bagi mereka yang inginkan perubahan dalam hidup. Buku ini banyak mengandungi kata-kata yang membina. Membakar semangat agar kita berusaha. Di hiasi dengan pantun nasihat, serta gambar-gambar kartun dengan kata-kata yang menyentuh perasaan kita. 

Rebana di alun sirih diberi
Budi dibalas senyum bererti
Tuhan berjanji sejak azali
Berniaga itu pintu rezeki

Bagaimana beliau berkongsi cerita, di mana seorang CEO akhirnya memilih untuk menjadi seorang penjaja. 

Tempua bara bersarang rendah
Buaya kecil berkejar-kejaran
Kenapa saudara menempah susah
Kerjaya stabil hendak di tinggalkan

Katanya: Sehebat manapun jawatan CEO yang saya sandang, saya tidak dapat waris kan jawatan itu kepada anak saya, sebab syarikat itu bukan saya yang punya. 

Bagaimana buku ini menceritakan cabaran beliau setelah berhenti, berdepan dengan kata-kata sindiran dan pandangan serong saudara mara, rakan dan mereka yang tidak memahami.

Sehingga ramai anak murid Dr Rusly ( Chef Le ) berkata:

" Dr Rusly,
Dengar lah luahan hati kami 
Kami dah baca buku Dr Rusly, buku yang pertama berulang-ulang kami baca, buku kedua pun berulang-ulang kami baca, malah sampai menangis. Pergi seminar pun sudah, kursus masakan pun sudah, bersemangat pun sudah, terbakar pun sudah. Dah bulat tekad kami ingin berniaga, tapi...nak berniaga apa?..Nak berniaga kat mana?..Nak mula bagaimana?..Modal bagaimana?...Soalan-soalan ini belum terjawab lagi..Hakikatnya kami masih belum bermula..Tolonglah tuan..Macamana kami hendak bermula?..Wahai bakal-bakal Jutawan senyap..Bukankah sudah dijelaskan sejelas-jelasnya oleh Diyono Santoso*?  Nak berniaga apa ? Nak berniaga di Malaysia jangan bimbang pak..jangan banyak mikir! Jual apa saja, asalkan itu barang boleh dimakan orang, boleh dipakai orang, tetap akan ada yang beli pak!

Buku ini menceritakan kisah-kisah yang menarik, bagaimana seseorang itu begitu teruja untuk berniaga. Melabur puluhan ribu ringgit akhirnya lingkup kerana tanpa ilmu. Bagaimana kisah hidup yang sempit, berbekalkan ilmu yang ada dan modal yang sedikit, ia bermula akhirnya berjaya. Malah banyak buku diluar sana yang memberi kita ilmu agar berwaspada pada kehendak dan nafsu agar tidak dituruti. 

Jika anda ingin membeli buku ini, memang sukar nak mencari, kerana buku-buku Chef Le memang laris jualannya. Suami saya sendiri beli pun secara online. Terus terang saya katakan buku-bukunya semua terbaik. Jika anda ingin mencari sila dapatkan buku yang bertajuk Jutawan Senyap dahulu. Buku ini sangat luar biasa bahkan buku-buku yang lain juga mendapat jualan Best Seller lebih 100,000 naskah terjual. Bahkan saya hendak menangis membaca kisah Sutinah yang menyentuh jiwa. Banyak lagi kisah-kisah menarik menjadi contoh tauladan bagi kita yang jauh lebih baik kehidupan di bandingkan dari mereka.

Apa yang penting niat biar betul untuk mencapai kejayaan. Kerana semua mereka yang bergelar Jutawan Senyap ini kenampakan hanya biasa-bisa sahaja. Tidak menonjol di mata orang lain. Hanya mereka yang terdekat dan mengenali sahaja yang tahu mereka ini sebenarnya Jutawan Senyap. Bukan hanya kaya harta malah kaya dengan budi pekerti yang mulia.

Memang terbaik!!

Moga kita menjadikan mereka pembakar semangat agar menjadi umat Nabi S.a.w yang soleh dan solehah.

Aamiin. Wallhua'lam.



Sabtu, 4 Oktober 2014

Manafaat Suka Membaca

Bismillahirohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang sudi mengunjungi blog saya. 

Kali ini entri saya mengenai Buku. Sebut  pasal buku, suami saya sangat minat membeli Buku mengenai perniagaan. Beliau juga sering kali mengunjungi Blog mengenai kursus yang berkaitan. 

Setiap bulan beliau mempunyai peruntukkan untuk membeli buku yang diminatinya. Kebanyakan buku yang dibeli pula berharga lebih rm20 ke atas. Bila saya tegur, katanya..lebih baik beli buku daripada beli rokok. Jawapan itu membuatkan saya terdiam. Jauh di hati saya sangat bersyukur kepada Allah. Saya pula suka buku yang berkaitan dengan agama. Bukan semua buku mengenai perniagaan itu tidak berkaitan dengan agama. Malah buku-buku tulisan Chef Le kebanyakannya mengajar cara berniaga dan banyak menyentuh soal agama.

Insyaallah saya akan kongsikan bersama anda serba sedikit isi kandungan yang terdapat di dalam buku -buku ini. Saya juga sarankan anda agar membeli buku dibawah ini sebagai rujukan kita. Moga pengisiannya dapat kita amalkan dan sampaikan pada orang lain. Kerana di antara amalan yang yang berkekalan ialah ilmu yang berpanjangan. Moga para penulis buku-buku ini mendapat pahala dari Allah S.W.T.






Gambar di atas: Kedai Buku Badan  ( Angsana Johor )






Gambar di atas: Antara koleksi buku-buku di rumah.






















Gambar di atas: Best Gila!! buku-buku ni.

























Oleh kerana minat  memasak, saya pun beli cd buat Cupcake.





Satu lagi Cd yang saya beli. Buat coklat made Hand. Cd ni pun best tapi banyak modal kena keluar.





Yang ini suami beli juga. Katanya nak belajar komputer,nanti kalau nak format tak payah dah hantar ke kedai.




Apa pun semua buku banyak beri manafaat kepada kita. Sama ada kita yang mahu berubah atau tidak. Moga yang tidak minat mahupun malas membaca tu, cuba-cubalah ceburkan diri membaca ya. Banyak manafaatnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...