Seperti biasa, syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang tidak terhingga banyaknya pada kita. Nikmat rezeki, kesihatan dan sebagainya.
Untuk menyambung semula tajuk yang lepas mengenai Tilam Kekabu Baby ini. Saya ingin kongsikan pada pembaca yang mungkin masih tercari-cari atau masih belajar seperti saya. Kali ini saya kongsikan bagaimana cara mudah untuk menjahit sarung bantal mahupun bantal yang beropol. Selalunya bila kita beli Tilam Baby yang dah siap di Pasaraya, selalunya sarung tidak di sediakan. Tujuan untuk membuat sarung Tilam dan bantal ini adalah bagi memudahkan kita mencuci sarung apabila sarung Tilam tersebut kotor.
Pertama: Sila jahit kain ropol dahulu. Pinkan kain ropol di atas kain bahagian atas. Pastikan kain ropol tidak terbalik ye. Jika jahit terbalik ia akan kelihatan tidak cantik kerana luar bertemu bahagian dalam. Moga anda faham. Setelah itu tindihkan kain pendek dan kain bahagian bawah di atas ropol tersebut dan jahit. Sila lihat gambar.
Kedua: Gambaran kain setelah di pin dan barulah dijahit keliling kain tersebut.
Setelah siap bolehlah masukkan Tilam Baby tersebut.
Mudah kan??...Sambil jahit sempat lagi masak kek coklat kukus.
Insyaallah kita bertemu kembali di dalam Entri yang baru. Selamat mencuba...