Rabu, 18 Jun 2014

Leher Getah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah..semoga semuanya sihat waalafiat. Walaupun tak berapa sihat tapi kerja tetap diteruskan. Begitulah rutin sebagai seorang wanita berstatus surirumah. Walauapa pun kita patut bersyukur kan?..

Kali ini saya bawakan anda bagaimana cara nak jahit leher bergetah.

Lihat gambar dibawah. Ada orang dengan hanya melihat saja pun dah faham cara jahit. Walaubagaimanapun saya tetap akan terangkan dengan sedikit caranya bagi mereka yang kurang memahami.

Langkah pertama:

Anda hanya jahit keliling leher anda, tetapi bila sampai hujung jangan jahit hingga bercantum pada permulaan anda jahit tadi ye. ( nanti tada pula tempat anda masukkan getah tu ).




















Langkah kedua:

Masukkan getah kecil menggunakan pin. Panjang getah tu kira2 muatlah kepala kita.





Langkah ketiga:

pinkan pada hujung getah. Kemidian tarik getah tersebut hingga kain tersebut sama rata/banyak.







Langkah keempa:

jahit kedua getah bertindih. Barulah anda jahit kain yang baki tadi.


Ok...selamat mencuba...


Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...