Ahad, 15 Jun 2014

Cuma Niat Di Hati

Bismillahirrohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam mendapat pos laju dari Bahagian Penerbitan sebuah Majalah. Alhamdulillah, siap dapat dua buah majalah lagi mereka beri. Cantik ruangannya. Saya sangat bangga kerana menjadi salah seorang ahli ABDR, yang mana memberi ruang pada saya mengenali ramai wanita yang sangat bisa! Maksud saya mereka berjaya mengharungi pelbagai hidup untuk meneruskan hidup sebagai hamba Allah. Mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Mereka berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan duri. Mereka seperti inilah yang sepatutnya menjadi inpirasi bagi seorang wanita seperti saya.

Niat dihati tidaklah sebanyak mana rezeki namun mendapat keberkatan dan menjadikan rezeki itu sebagai perkongsian bersama keluarga dan saudara seislam. Bukanlah menjadi kebanggaan untuk keluar cerita mengenai kehidupan saya dalam majalah. Tetapi semoga perkongsian cerita itu menjadi pendorong dan mungkin menjadikan para pembaca bertambah faham erti kehidupan yang berbeza. Mungkin juga kisah hidup seseorang itu menambah semangat pada kita.

Perkongsian yang banyak memberi seribu manafaat bagi mereka yang mengerti dan meghargai hidup yang sementara ini. Kita dapat menghargai bertapa beruntungnya kita yang diberi Hidayah. Betapa beruntungnya kita yang dipilih Allah menjadi salah seorang yang bergelar Islam. Menghargai kehidupan memiliki keluarga yang Islam semuanya. Walau terputusnya hubungan didunia, tetapi masih lagi dapat memberi pertolongan dengan bersedekah dalam bentuk apa pun bagi keluarga yang telah tiada.

Berkongsi cerita tambahan. Saya sememangnya sangat-sangat mahukan seluruh keluarga saya memeluk agama Islam. Malah jika mahu di tukar dengan nyawa saya sanggup asalkan mereka memeluk islam dengan ikhlas kerana Allah. Namun siapalah saya untuk meminta seperti itu. Sedangkan saya yakin hidayah itu milih Allah.

Hanya pada-Mu ku sandarkan niat ini, kerana Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang, lagi maha Pengampun.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...