Ahad, 2 November 2014

Bilik Stor

Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam satu Blog.

Semoga semuanya sihat walafiat dan sentiasa sukses dalam apa juga yang dilakukan. Seminggu balik kampung suami. Kali ini balik kampung rencananya pergi ke beberapa tempat. Balik pada 25hb Okt 2014, bertolak dari Kulai Johor 9 Am sampai ke Teluk Intan jam 4.30 pm. Alhamdulillah kali ini cepat sampai sebab kurang berhenti di R& R. Suami pun matanya sihat je tak mengantuk syukur alhamdulillah. Esok pagi gotong royong bersihkan bilik stor yang berkurun lama tidak dibersihkan. Walaupun rasa badan masih penat tapi kena buat juga. Tuhan saja yang tahu betapa banyaknya barang lama dan baru dalam stor tersebut. Rasanya sejak 3 tahun bilik tersebut tidak pernah dibersihkan. Melihat keadaan bilik tersebut saya dah rasa seram, sudah lah gelap. Almari, kusyen, tilam pinggan mangkuk, buku-buku dan macam-macam lagi di dalamnya. Pada mulanya bilik tersebut bukanlah stor, mereka sendiri tidak sedar sejak bila bilik tersebut menjadi stor. Jika ada barang yang tidak di guna mereka akan letak dalam bilik tersebut sehingga menjadi bilik stor.

Cicak besar berlarian, seekor lipan sebesar ibu jari menggerunkan, namun apa yang paling digeruni semasa suami terjumpa kulit sisik seperti baru bersalin sisik agaknya. Mula dari itu kami semua dalam ketakutan nak bersihkan. Lihat gambar ini.









Inilah bendanya yang suami jumpa ketika kami sibuk mengeluarkan barang-barang dari bilik stor. Betapa membazirnya jika barang yang masih elok tetapi di simpan dalam stor akhirnya akan rosak. Dahulu saya pernah dengar seorang ustaz memberi ceramah," jika dalam tempoh tertentu masih ada pakaian yang kita tidak gunakan maka wajib kita memberi sedekah." Apa yang saya faham, jika banyak baju tersimpan lama, sampai kita tidak memakainya kerana terlalu banyak maka lebih baik kita sedekah kan daripada membazir. Wallahua'lam.

Saya mengambil iktibar dari apa yang saya temui ketika membersih kan bilik tersebut:


1. Jangan membazir.
2. Barang yang penting dokumen dan buku-buku yang kita rasa berharga jangan di simpan dalam stor. Rumah kalau besar kita buat satu sudut untuk ruangan membaca dan asing kan benda yang paling penting seperti dokumen.
3. Mana-mana barang yang masih boleh pakai tapi kita tidak gunakan , lebih baik kita beri pada orang lain.
4. Sentiasa bersihkan bilik mana-mana yang di jadikan stor. Jangan tunggu sampai lama, almari dah reput, kusyen pun sampai melekat di dinding, belum lagi dengan dinding dan lantai yang telah menjadi serang semut dan binatang berbisa. Membahayakan. 
5. Yang paling penting kena RAJIN.

Seram sejuk bila teringat masa tersebut. Moga kita semua menjadikan ini sebagai iktibar. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...