Salam satu blog. Moga semuanya sukses-sukses belaka.
Ketika sibuk menyiapkan tempahan, saya selit kan masa sedikit untuk menulis entri. Hari ini saya ingin mengajak anda untuk berkunjung ke Pulau Pangkor. Tambang Rm10 seorang ( dewasa ). Penjual tiket juga menawarkan pakej motor jika kami berminat. Katanya sampai di sana tak perlulah naik van, lebih selesa jika naik motor boleh keliling satu pulau. Tiket motor pula Rm30.
Sampai di sana dah ada orang yang menunggu untuk menyerahkan kunci motor. Apa yang mengejutkan ialah, keadaan motor yang tidak selamat. Tempat pijak patah, sememangnya motor teruk jugalah. Keadaan Pulau yang berbukit, menyukarkan lagi motor tersebut hampir tidak sampai di puncak bukit jalan raya. Suami pula sentiasa bising. Saya pula meragam sakit perut, mencari tandas tapi susah benar nak cari tandas. Kebanyakan tandas berkunci, mungkin disebabkan bukan masa cuti jadi tandas tidak ada penjaganya. Tahan jela. Akhirnya pergi menumpang tandas sebuah hotel, menyelit di tengah-tengah penyewa hotel yang kebetulan ramai, mungkin daftar keluar atau daftar masuk.
Jeti Pangkor. Sampai sahaja sudah ramai orang yang menunggu di ruangan menyewa van dan motor. Rupanya dah sampai sini pun boleh sewa motor. Cuma kalau masa cuti, kena beli awal takut dah habis pula motor. Jika di beri pilihan tak nak dah naik motor dorang ni, dah rosak takut tak selamat. Mungkin juga tak semua motor tu macam dah nak pencen. Faham-faham je la ye.
Suasana dalam Feri.
Antara tempat yang boleh dikatakan menarik.
Galeri.
Banyak jugalah maklumat yang ada di dalam ruangan ini.
Dah nak balik.
Singgah sekejap tengok monyet. Monyet-monyet ni nampak jinak. Takut kalau-kalau masuk dalam kereta pula.
Selamat bercuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan