Isnin, 17 November 2014

Tanah Kelahiran Ku

Bismillahirrohmaanirrohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam untuk semua blogger. Moga sentiasa ceria dan tercapai apa sahaja target hari ini.

Pagi yang cerah ini, saya ingin kongsikan pada anda betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa beruntungnya kita menikmati sebahagian nikmat yang diberikanNya. 

Gambar dibawah saya kongsikan pada anda. Inilah Tanah kelahiran kami adik beradik. Tanah ini seluas 5 1/2 ekar. Berdekatan dengan sungai, malah berhampiran dengan rumah kediaman kami juga terdapat sungai kecil yang airnya tidak pernah kering dan menjadi tempat kami memancing. Dahulunya tanah ini seluas 7 1/2 ekar. Namun tinggal 5 1/2 ekar setelah ayah menjual 2 ekar bersebelahan dengan sungai.

Tanah ini dahulunya kami hanya menanam padi sawah dan menanam sayur serta jagung dan sebagainya setelah siap menuai padi. Belasan tahun yang lalu abang telah membuat projek kolam ikan sebanyak 12 petak. Namun kolam ini tidak berapa menjadi, hanya 2 3 petak sahaja yang mempunyai air jika musim kemarau. Malah jika musim hujan beberapa petak kolam, airnya akan melimpah ke sungai yang berhampiran.

Kini abang telah menimbus semula 5 petak kolam. Katanya ingin menjadikan termpat tersebut pusat Rekriasi. Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana tempat tersebut. Namun apa yang saya impikan ialah tempat tersebut menjadi satu pusat Rekrasi yang:

1. Mempunyai Homestay
2. Mempunyai Dewan ( untuk aktiviti seperti Mesyuarat )
3. Tetap menjadi aktiviti memancing.
4. Sediakan Van untuk membawa pelancong ke kebun buah-buahan jika musim. Kebun buah-buahan seluas 7 ekar ( daripada 16 ekar ) dan membawa pelancong ke tempat-tempat yang menarik sekitar Ranau.

Apapun, segala apa yang saya rancanakan diatas tidak semestinya akan menjadi kenyataan, kerana memerlukan kata putus semua adik-beradik. Insyaallah semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan. Jika perkara yang baik kita lakukan akan dipermudahkan. Aamiin.



















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...