Jumaat, 14 November 2014

Keluhan Atau Luahan

Bismillahirohmaanirohhiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasa macam malas sahaja nak buat kerja hari ini. Tapi dah  tugas kena buat jugalah. Nak masak pun tak tahu nak masak apa. Selalunya sebelum masak kita dah fikir apa kita nak masak. Badan rasa letih sahaja. Lantas terfikir, ibu-ibu yang ramai anak mesti lagi penat buat kerja, layan suami dan kerenah anak-anak yang berbagai fiel. Kaum ibu yang berstatus ibu tunggal lagi kan bertungkus lumus memikul tanggung jawab.

Ramai juga yang mengeluh, kerana terbeban dengan kerenah anak-anak. Itu bagi mereka yang punya anak. Bagaimana pula dengan perasaan mereka yang tak punya anak. Bila orang yang ada anak bertemu dengan orang yang anak, kadang-kadang menjadi bualan.  Isu " ala ko tu ok lah tak ada anak ". Lantas orang yang tak ada anak akan merasa seperti anak itu seolah-olah satu bebanan bagi mereka yang ada anak. Persoalannya, adakah mereka berkata demikian kerana terbeban dengan anak atau sebaliknya.

Secara peribadi, saya rasa kata-kata itu sebenarnya bukan merasa terbeban dengan anak. Kata-kata itu hanya meluahkan perasaan semata-mata. Namun sesetengah orang menganggap perkataan demikian seumpama anak itu satu bebanan. Apa pun terpulanglah kepada pembicara kata-kata tersebut. Jika benar ada yang menganggap anak itu satu bebanan maka, kita doakan mereka ini menerima anak tersebut sebagai satu amanah yang Allah berikan. Setiap anak ada rezeki masing-masing dan kita bertanggungjawab keatas anak tersebut. Malah bukan hanya anak sahaja yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, malah apa sahaja yang Allah berikan kepada kita.

Apapun. Segala yang kita ada ini milik Allah. Setiap manusia diberi keistimewaan dan kelebihan. Kita usaha untuk dapatkan sesuatu, selebihnya kita sabar dan berserah pada yang Maha Esa. Kita tak tahu apa perancangan Allah bagi kita. Bersyukur apa yang ada.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...