Sabtu, 20 Disember 2014

Alhamdulillah Aku masih Bernyawa.

Alhamdulillah.

Syukur alhamdulillah pada Mu ya Allah, kerana masih lagi memanjang kan umurku untuk menjalani rutin harian sebagai hamba Mu.

Pagi Sabtu, saya melakukan kerja seperti biasa. Setelah masak untuk tengah hari, selepas makan tengah hari bermenukan nasi goreng dan ayam goreng, berserta kan sayur daun selom sebagai ulam. Jam 1pm, terasa seperti pening, sakit ulu hati, keras semacam. Badan semakin tak selesa, seperti kebas-kebas. Tiba2 rasa sukar untuk bernafas, kepala pening dan rasa nak muntah. Berlari ke bilik air, terus muntah. Ingatkan dah habis, belum lagi rupanya, muntah lagi dan badan mula lemah dan pening. Suami memapah dah tak larat nak jalan. Nak muntah lagi, tak sempat pergi bilik air, muntah atas tilam, kali ini muntah yang sangat banyak, cadar dua habis, kain batik dua dan selimut satu habis kena muntah bersepah atas lantai. Dah tak larat pergi bilik air. Kepala berpinar-pinar, badan dah tak larat bergerak. Tiba-tiba rasa nak pergi ke tandas pula. Suami papah, muntah dan cerit berit. Dah tak mampu berdiri apa lagi hendak berjalan hingga terduduk atas lantai tandas. Suami papah ke bilik, baru nak rehatkan badan terasa nak muntah lagi, kali ini sempat sampai bilik air terus muntah dengan banyak. Kali ini teruk, muntah tak henti2 malah muntah dengan sangat kuat bunyinya, seperti seluruh tenaga mengeluarkan isi perut dan terasa sukar bernafas. Badan langsung tak bertenaga sambil memanggil suami. Setelah puas mengeluarkan isi perut, kini berulang alik ke tandas pula. Cerit seperti air mengalir tanpa henti. Hanya Allah yang tahu. Dalam hati, ini ke pengakhiran hidupku. Suami papah ke bilik dan saya baring rehatkan badan. Suami dah mula bimbang, macamana saya hendak ke kelas kalau dah macam ni. Saya meminta suami hubungi majikan untuk mencari pengganti. seakan terdengar perlahan lahan suami berbicara dengan majikan. Ketika saya sedar, sudah menjangkau jam5pm, saya melihat suami tertidur atas lantai. Kasihan dia, terasa seperti menangis melihat suami menunggu saya sedar. Suami mengadu sakit pinggang, kasihan..mungkin sebab banyak kali memapah.

Seumur hidup saya, tak pernah muntah sebegitu teruk. Berapa jam tak henti-henti muntah dan di ikuti pula cerit. Dari jam2 hingga 4.30 agaknya. Suami kata air yang saya simpan untuk digunakan dua hari dah nak habis. kebetulan dalam dua hari air paip tergendala. Tak pelah...dugaan. Pelik...kenapa tiba-tiba muntah dan cerit macam tu. Suami kata mungkin keracunan makanan, tapi apa yang saya makan , suami pun makan. Mungkin ada hikmahnya Allah beri sakit sedemikian.

Pagi ini terasa sedikit bertenaga, awal pagi mop bilik yang berbau muntah mencuci semua kain semalam.

Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan nyawa ini. Terima kasih kerana memberikan suami yang bertanggung jawab. 

Bang terima kasih kerana jaga saya. Maaf kerana menyusahkan, pengalaman ini akan saya kenang selamanya. Hanya doa moga Allah panjang kan usia saya untuk berkhidmat untuk abang dan moga ikatan kita hingga ke Jannah. Aamiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...