Salam buat semua. Moga anda juga sihat seperti saya di pagi yang mendung sekitar Kulai Johor. Kita sama-sama doa kan rakan-rakan dan saudara seagama kita yang di timpa musibah kerana dek banjir yang dahsyat. Moga mereka tabah menghadapinya. Insyaallah kita sama-sama bantu setakat mana yang termampu kita hulur kan.
Cuti seminggu yang tidak di rancang tujuan pada mulanya, akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik kampung suami di Teluk Intan. Mulanya takut juga balik, maklumlah musim hujan. Takut-takut jika dalam perjalanan banjir. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Esoknya kami ke Parit Buntar menghadiri kenduri keluarga sebelah isteri ipar saya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan lancar, walaupun ada ketika hujan di Lebuh Raya menuju Ipoh.
Setelah selesai kenduri, kami singgah sebentar di Pasar Kemboja di Kilang. Saya sendiri kurung faham. Menurut ipar, Pasar kemboja di tepi jalan itu selalunya hari Sabtu sahaja. Tetapi jika Kemboja di Kilang setiap hari. Kami mengambil peluang mengunjungi Kemboja di Kilang. Setibanya di sana, terhidu pula bau semacam dalam kereta. Kami masing-masing risau dengan bau seakan-akan hangit. Suami periksa keadaan kereta kerana perjalanan kami balik sememangnya jauh.
Ketika saya masuk dalam bangunan tersebut, ia seakan-akan pasar raya yang menjual pelbagai kain. Orang juga berpusu-pusu memilih. Ketika melihat harga, saya rasa tidaklah jauh murah harganya di bandingkan tempat lain. Namun ada sesetengah kain tudung memang murah. Saya hanya membeli 7 helai tudung labuh bersaiz L dan XL. Harga asalnya Rm25, tetapi bila minta kurang alhamdulillah dapat juga Rm140 semuanya. Sila lihat gambar di bawah.
Gambar dalam perjalanan.
Masuk sahaja dalam Pasar Kemboja ini terus ambil gambar. Namun gambarnya tidak terang, maklumlah telefon canggih sangat. Maaf je la ye...
Hanya ini tudung yang saya beli. Saiz L dan XL rm25 sehelai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan