Jumaat, 12 Disember 2014

Membazir

Bismillahirrohmaanirrohiim

Salam untuk semua.

Baru-baru ini, ketika saya menanti order di sebuah Restoren, tak semena-mena saya terpandang atas meja yang sudah di tinggalkan oleh pelanggan. Terkejut melihat beberapa ketul ayam goreng yang masih besar tidak habis dimakan. Malah seketul ayam goreng yang masih belum di jamah langsung. Mak oi!!!..Inilah sifat segelintir rakyat Malaysia yang suka membazir. Masa itu terdetik dalam hati untuk mengambil gambar untuk di muatkan dalam entri, namun terbantut kerana segan kerana ramai orang memerhati. Kemudian semalam sekali lagi saya ternampak atas pinggan yang sudah di tinggal pelanggan. Kebetulan senang untuk di tangkap gambar.

Bukanlah tujuan untuk memburukkan sesiapa, namun dalam hati sedih, bila terkenangkan mereka yang susah untuk mendapatkan makanan. Bagi mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tentu sukar bagi mereka. Mungkin juga kita tidak pernah merasa susah untuk mencari sesuap nasi. Mungking juga kita telah terbiasa dengan makan yang mewah. Kadang kala juga kita memang telah kenyang dan makanan yang kita order itu tidak menepaiti selera kita. Namun apa pun alasannya moga Allah mengampunkan kita dan rezeki yang menjadi lebihan kita itu lebih baik kita laburkan pada mereka yang memerlukan.

Aamiiin.

Wallahua'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...