Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger. Semoga anda sihat dan ceria di pagi yang cerah ini. Bila seminggu menyepi terasa lama sangat tidak menyebokkan diri untuk menulis entri. Walau apa pun blog inilah tempat bagi kita berkongsi ilmu yang bermanfaat bagi semua peminat blog.
Beginilah rutin hidup sebagai suri rumah tugasan yang tidak putus-putus. Ada sahaja penambahan kerja. Sama ada tempahan mahupun penambahan murid. Bila bertambahnya kerja, sememangnya income pun pasti bertambah. Walaupun income yang tidak seberapa tapi harus di syukuri. Moga sedikit tapi berkat.
Minggu yang lepas saya keluarkan entri mengenai berbelanja di Jekal. Kali ini saya tunjukkan salah satu baju yang saya dah siap jahit. Walaupun tidak secantik contoh, namun bolehlah pakai. Caranya seperti biasa cuma kain sahaja yang lain. Sebagai tukang jahit yang belum pro ini, saya rasa banyak lagi yang perlu di pelajari. Terutama sekali tentang kain. Banyak jenis kain yang tidak di ketahui. Sering bertanya pada promoter kain, kain ini selalunya pelanggan beli untuk apa dan macam-macam lagi pertanyaan. Orang kata malu bertanya sesat jalan.
Inilah baju baru, kain yang saya beli baru-baru ini. Bila dah siap jahit, kain oren kosong ini rupanya terang. Jadi kenalah pakai baju di dalam. Nanti tak pasal-pasal pula dapat dosa.
Gambar di atas ini adalah contoh. Jadi bolehlah kita tukar, mahu yang tengah itu kain kosong atau pun yang berbunga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan