Khamis, 1 Januari 2015

Hari Pertama 2015

Bismillahirohmaanirrohiim.

Hari pertama dalam tahun 2015 ini membuka sejarah bagi kehidupan kita. Setiap orang mengharap kan yang terbaik dalam hidup. Tahun-tahun  yang lepas membawa sejuta rahsia memberi banyak pengalaman dan pengajaran. Begitu juga dengan saya. Setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat mengharap kan yang terbaik. Namun kita hanya berusaha namun tawakkal kita sandar kan pada Yang Maha Esa.

Beberapa hari yang lepas saya terjumpa dalam fail dokumen, Video sambutan hari lahir beberapa tahun yang lalu. Rasa seperti hendak mengalir air mata, rindu, sedih dan lucu melihat video tersebut. Rindu pada mendiang ibu dan ketika itu ayah masih sihat. Melihat video itu, betapa rindunya hati seperti ingin kembali saat itu. Namun tak mungkin dapat kembali, yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu terus menjalani kehidupan harian demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Betul kata orang hargailah orang yang kita sayang selagi masih ada.

Tahun 2014 Negara kita di timpa banyak musibah. Terbaru dan masih lagi ramai saudara kita yang mendapat musibah sangat teruk. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana ramai yang sangat prihatin dan ringan tangan membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan. Semalam sahaja, sambutan tahun baru seperti tahun-tahun yang lepas selalunya diadakan di mana-mana tempat. Namun sambutan tahun baru 2015 semalam ramai yang membanting tulang membantu mangsa banjir dan menjadi sangat bermakna. Bukan sahaja mereka yang berada di pusat bantuan semalam, malah mereka yang tidak kira berada di mana-mana tetap membantu memberi sumbangan wang dan sebagainya, hatta walau hanya SMS rm1. Tabik semua yang terlibat. Moga segala apa yang kita lakukan menjadi amal jariah.

Wallahua'lam.













DOA BUAT SEMUA MANGSA BANJIR.


YA ALLAH KUATKANLAH HATI DAN IMAN MEREKA MENGHADAPI UJIAN MU INI. GANTIKANLAH APA YANG MEREKA HILANG DENGAN SEBAIK-BAIK PERKARA. HIBURKANLAH HATI MEREKA YANG DUKA. RINGANKANLAH BEBAN MEREKA DAN MUDAHKANLAH URUSAN MEREKA. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMI TIDAK KETAHUI. 

AAMIIIN YA RABBALA'LAMIIIN.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...