Jumaat, 9 Januari 2015

Minggu Akhir Di Jekal

Bismillahirrohmaanirrohhiim

Hari cuti ini orang ramai mengambil peluang untuk membeli belah di Jekal.  Maklumlah minggu terakhir Jekal buat promosi. Tempat parking semuanya penuh, kenalah tunggu mana-mana kereta yang akan keluar, barulah dapat parking. Selalunya setiap kali ke Jekal pekerja sudah bersedia menunggu pelanggan. Tapi pagi ini semua pekerja sudah mempunyai pelanggan yang mahu di layan. Memang ramai pelanggan. 

Begitulah juga dengan saya. Selalunya bila ada promosi barulah dapat beli kain untuk buat baju. Itupun pilih mana yang berkenan sahaja. Ikutkan hati wanita yang memang gemar membeli, memang semuanya nak di beli. Tapi kali ini saya hanya beli kain untuk tudung sekolah 6 meter untuk persediaan sesiapa pelanggan yang mahu menempah tudung sekolah. Kain lecra untuk tudung sekolah dapatlah rm5 semeter. Seperti selalu saya akan cari kain Lecra untuk baju sendiri. Kain kotton pula rm10 semeter yang berharga rm20 keatas bagi semeter. Saya tertarik untuk membeli 5 meter untuk di buat percubaan baju baru. Melihat pada budjet asal saya pun dah puas hati dengan apa yang saya dapat. Ketika hendak ke kuanter untuk membayar, tiba-tiba pula jumpa satu kain. Ya Allah, alhamdulillah, jumpa kain untuk saya jahitkan kekabu buat tilam bayi. Seronoknya hati, sudahlah kain cantik, murah pula tu. Asal harganya rm15 semeter, sekarang dapat pula rm5.50 semeter. Alhamdulillah. Semoga di permudahkan segala apa yang dilakukan. 



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...