Jumaat, 2 Januari 2015

Tudung Sekolah Awal Tahun

Bismillahirrohmaanirrohiim

Pembuka bicara. Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, di awal tahun ini, dapat tempahan tudung sekolah, cadar dan sarung bantal. Rezeki awal tahun. Sesetengah pelanggan menghantar tudung yang hanya minta jahit kan nama. Segalanya diterima asalkan mendatang kan wang.

Akhirnya siap juga tempahan ini, walaupun mesin jahit tepi saya rosak. Kenalah siapkan juga takut pelanggan lari. Jadi terpaksalah hantar kain untuk di jahit tepi ke kedai. Terasa seperti kurang bersemangat menjahit bila mesin tepi dah sakit. Bayangkan jika kain tersebut hanya sedikit pasti tidak berbaloi ke kedai untuk di jahit tepi. Kena pula keluarkan budjet upah jahit tepi. Nasib si tukang jahit le katakan. Rezeki jugalah tu kan?...Rezeki sabar. 


Inilah rezeki awal tahun. Tudung sekolah sehelai rm10.00. Tudung tanpa Awning. Upah jahit sahaja rm5.00 sehelai.














Jahit Name tag sekolah juga mendatang kan income. Upah jika dua name tag rm1.00, manakala jika satu name tag sahaja rm0.50 sahaja. Jadi le...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...