Rabu, 11 Mac 2015

Emosi Sang Isteri

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah dan syukur pada Allah atas segala nikmat Nya. Bertuah benar badan kerana masih lagi sihat dan menjalani rutin harian. Sekadar buat renungan bersama. Kali ini entri saya hanya mengenai isu keluarga, berkaitan dengan tajuk di atas. Tajuk yang sering menjadi bualan harian dan punca segala masalah mahupun kebahagian sesebuah hubungan.

Bagi suri rumah yang melakukan kerja harian bukan sahaja berkurang malah bertambah, emosi agak terganggu. Jika mempunyai anak yang dewasa atau anak yang sudah boleh membantu, agak ringan kerja suri rumah. Begitu juga jika sang suami ringan tangan membantu kerja si isteri sudah pasti isteri akan merasa seronok mengurus kerja harian. Tetapi jika sebaliknya, bukan sahaja emosi isteri daripada bermuka masam malah berkemungkinan akan mengundang perasaan marah dan menyebabkan pergaduhan. 

Bila melihat sesetengah isteri yang berkerja keras berkerja dan mengurus anak-anak, terasa betapa hebatnya mereka mengawal emosi. Penat berkerja, kejar masa mengurus anak-anak, melayan kerenah suami yang tidak tahu membantu, kerenah rakan-rakan sekerja, semuanya menyebabkan emosi daripada geram, marah dan bila tak sabar boleh menyebabkan pergaduhan. Sering berpegang pada sifat sabar dan bertawakkal, namun sebagai manusia biasa adakalanya kesabaran itu ada hadnya. Kadang-kadang tujuan rasa marah itu hanya semata-mata inginkan perubahan akan berlaku selepas itu, namun sebaliknya kekal tidak berubah.

Bila tahap sabar akan hilang maka berlakulah perkara yang tidak di ingini seperti, dera anak, pergaduhan suami isteri, curang dan perceraian. Ketika  kes perceraian akan berlaku, yang menjadi mangsa keadaan ialah anak-anak. Maka terjadi lah perebutan hak penjagaan dan pembahagian harta sepencarian. Selalunya si Isteri akan menjadi orang pertama yang akan di persalahkan kerana di tuduh tidak tahu mengurus anak dan melayan suami. 

Selalunya suami jarang sekali akan di persalahkan kerana selalunya perangai suami di rumah tidak di ketahui oleh orang luar. Yang mereka tahu suami tidak curang, balik kerja dan sering bersama dengan keluarga. Si isteri pula hanya menyimpan rasa muak, bosan dan geram kerana suami hanya kerja, makan dan tidur sahaja. Apa taknya, daripada A hingga U isteri yang buat. V, W, X, Y dan Z itu jelah di buatnya. Faham-faham jelah. Sifat suami yang ini di kira ok, jika di bandingkan dengan suami yang, tidak bertanggung jawab, panas baran, kedekut, suka lepak dengan rakan, curang dan sebagainya. Orang Sabah kata " PALIS-PALIS!", maksudnya Nau'zubillah!.

Apa pun, alangkah baiknya si suami dapat berkerja sama dengan isteri dalam mengurus rumah tangga. Bukan sahaja makan minum, tempat tinggal di sediakan namun perkara besar hingga sekecil kuman pun jika di kongsi akan menjadi sangat ringan. Bukan sahaja ringan, tetapi hidup sebagai pasangan akan menjadi seronok jika sama-sama berkongsi kerja ringan dan berat. Isteri akan merasa sangat di hargai dan sentiasa tersenyum dalam melakukan kerja harian.

Dalam hati Isteri baiknya Suamiku: Suka tolong walaupun sehari dalam sebulan dah kira baik sangat lah!!!..

Tolong basuh kain walaupun guna mesin..
Tolong jemur kain walaupun kain tunggang terbalik susunannya..jadilah..
Tolong masak walaupun, ikan hangus! dan dapurku jadi semak!
Tolong basuh pinggan sambil menyanyi...
Tolong urut isteri walaupun sekadar picit semut tak mati..
Tolong sapu dan mop rumah..
Tolong bagi wang poket setiap bulan..
( Jangan lupa solat jemaah itu sangat penting bagi mengeratkan hati anda berdua walaupun gaduh ).

JIKA ANDA ADALAH SUAMI YANG TELAH MELAKUKAN SEMUA PERKARA DI ATAS MALAH LEBIH DARI ITU...TAHNIAH BAGI ANDA KERANA ANDA SEORANG SUAMI MITHALI. ANDA LAH YANG TERBAIK!!!...






Sekadar berkongsi...tidak ada kena mengena dengan seseorang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...