Ahad, 8 Mac 2015

Tersilap Potong Kain


Salam pagi Isnin. Moga segala urusan kita di permudahkan Oleh Yang Khaliq.

Syukur alhamdulillah pagi yang cerah ini sekali lagi dapat berkongsi cerita dengan anda mengenai Kesilapan ketika memotong kain.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah, apabila kain tersebut mempunyai manik hanya untuk bahagian depan baju. Selalunya bila kain mempunyai manik kita akan lihat keadaan manik tersebut, jika manik hanya sebahagian maka manik tersebut hanya untuk badan. Lihat gambar di bawah.

Ini adalah contoh kain yang saya telah tersilap potong. Gara-gara asyik berfikir bagaimana untuk memotong kain tersebut agar cukup kerana ukuran badan si pemilik  bolehlah di kira berisi. Bahagian ketiak pelanggan mahu di besarkan sedikit menjadi 10 1/2 inci, kain ini juga bercorak di bawah sahaja. Jadi cuba anda bayangkan bagaimana untuk mendapatkan cukup untuk badan lengan dan kain. Ketika inilah saya terlupa kain tersebut mempunyai manik hanya bahagian depan badan. Siap memotong bahagian badan barulah saya memotong bahagian kain dan perasan manik tersebut ada di bahagian kain.






Saya ke kedai bertanyakan manik yang boleh seterika dan melekat terus atas kain. Terkejut juga kerana manik tersebut berharga rm6.90 dan tidak sampai 20 biji.











Gam manik khas untuk kain rm8.90.







Manik tidak mempunyai gam, saya beli di M.R DIY hanya Rm1.30 sahaja. Letak gam atas kain barulah letak manik tersebut.







Manakala bahagian tangan saya cantumkan putih pada kain biru. Lihat gambar di bawah.
Untuk menutup bahagian yang di cantum saya jahit manik di atasnya.












Walaupun kita berhati-hati dan fokus dengan kerja kita, namun jika Allah dah tentukan ia berlaku maka berlaku jugalah ia. Segalanya milik Allah.

Wallahu a'lam


1 ulasan:

  1. Aduhai,ada juga geng saya terkena nasib ini. Baru semalam, sy terkena dhlah customer tu cerewet. Haha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...