Assalamualaikum. Kita bertemu semula dalam tajuk baju kurung. Seperti mana yang kita tahu baju kurung banyak jenisnya. Baju kurung asli, baju kurung pahang, baju kurung moden dan macam-macam lagi. Ada pun cara jahitannya juga di pelbagaikan bagi menggayakan baju yang di pakai.
Baju kurung asli.
Bahagian baju
Pertama:
Gunting lebar bahu dari kiri ke kanan
Kedua:
Gunting dua pasang pesak ( dua keping kiri dan dua keping kanan )
Ketiga:
Gunting 2 keping kekek ( bawah Ketiak )
Keempat:
Gunting 2 keping untuk tangan
Kelima:
Gunting lebar dan panjang kain
Keenam:
Cantumkan kekek dengan pesak ( buat kedua pasang )
Ketujuh:
Inilah gambaran setelah kekek dan pesak di cantum
Kelapan:
Cantum pesak ke bahagian tangan
Kesembilan:
Tampal poket
Kesepuluh:
Gambaran poket yang dah jahit
Kesebelas:
Lipat kain bahagian bahu tadi. Kemudian gunting bulat mengikut ukuran leher anda. Tampal kain kemudian jahit.
Kedua belas:
Gambaran leher yang dah jahit
Ketiga belas:
Gunting kain yang di tampal menjadi seperti ini
Keempat belas:
Kemudian cantumkan bahagian bahu dengan pesak tadi menjadi baju
Kelima belas:
Bahagian kain
Baju kurung asli ini adalah ukuran kanak-kanak jadi saya hanya jahit cantum kain tanpa menggunakan zip.
Keenam belas:
Lipat bahagian tepi kain dengan mengukur lebar punggung kemudian jahit.
Bahagian pinggang letak getah di tengah kain kemudian jahit.
Ketujuh belas:
Gambaran pinggang yang telah di jahit. Betul kan dahulu biar seimbang sama rata kainnya.
Kelapan belas:
Jahit di tengah-tengah kain
Kesembilan belas:
Dah siap......
Inilah gambaran setelah siap.
Saya harap cara menjahit baju kurung asli ini dapat membantu anda menambah ilmu dalam bidang jahitan dan sekali gus mungkin menambah pendapatan anda setelah membacanya. Ini adalah asas yang sangat mudah. Jika anda berminat sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.
019-5600927
Panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi di laman yang akan datang.
SELAMAT MENCUBA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan