Selasa, 31 Disember 2013

Jualan Pertama Tudung Berdagu


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah saya baru sahaja balik daripada pejabat pos bagi penghantaran pos laju ke Sabah. Inilah kali pertama saya menerima pelanggan secara online. Sebelum ini pelanggan hanya sekitar tempat tinggal jadi pengalaman untuk pos barang kurang.

Semestinya saya sangat bersyukur kerana mungkin ini adalah permulaan langkah kemajuan saya ke arah lebih baik. Walaupun semasa menguruskan sistem pos tadi menghadapi masalah tapi saya masih lagi bersemangat untuk menguruskannya. Segalanya masalah itu mematangkan kita.

Menjelang Tahun 2014 ini saya ingin memasang azam untuk memperbaiki hidup dengan lebih baik. Bukan bermakna kehidupan saya sebelum ini tidak memuaskan tapi ingin yang lebih baik lagi.

Tahun 2013 adalah tahun yang banyak rezeki selain dari kewangan. Yelah.. bukan ke setiap masalah  itu juga rezeki. Apapun semoga kehidupan kita pada masa hadapan lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.


Setelah saya memahami cara menjahit, inilah tudung berdagu yang sebenar. Moga usaha ini mendapat keberkatan Ilahi untuk menambah pendapatan saya dan sekaligus dapat membantu keluarga dan mereka yang memerlukan. Aamiiin.





Terima kasih kepada semua pelanggan saya pada tahun-tahun yang lepas semoga anda kekal mempercayai saya dan selamat datang kepada pelanggan saya yang baru.

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2013 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2014

MOGA KITA SEMUA SUKSES DUNIA DAN AKHIRAT AAMIIIN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...