Rabu, 25 Disember 2013

Menjahit untuk tambah pendapatan


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu kembali kita dalam tajuk menjahit untuk tambah pendapatan.





Mungkin bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan, mereka akan merasa bahawa apa yang saya paparkan mengenai pendapatan tempahan ini begitu kecil. Tapi bagi saya pendapatan inilah yang banyak membantu saya menyelesaikan masalah keluarga. Walaupun suami mempunyai gaji yang tetap tapi masih belum mencukupi. Yelah nak bantu keluarga dan macam-macam lagi kan.

Jadi apalah salahnya kita belajar menjahit walaupun baju kurung jadi le...banyak keuntungannya. Cuba kita fikir, dah le dapat jimat duit untuk tempah kat orang lain malah dapat tambah pendapatan. Seronok kan??
Begitu juga ketika hari raya boleh pilih warna dan kain yang sama sekeluarga. wah...bestnya..

Masa mula-mula jahit baju kemeja untuk suami, rasa bangga kerana suami dapat memakainya pergi kerja. Malah ada yang bertanya bini jahit ke?..siap nak tempah untuk suami dia. Di situlah bermulanya saya mendapat tempahan jahitan. Bila dah seorang yang tempah dia akan sampai menyampai kepada rakan-rakan. Dan sekarang rasa macam tak cukup tangan. Apatah lagi pada menjelang hari raya dan hujung tahun kerana tak lama lagi nak sekolah.

Mesin jahit pula memanglah tak dapat nak beli secara tunai apatah lagi dengan dua mesin ( mesin jahit tepi ). Tapi sekarang ini banyak kemudahan malah di boleh kan bayar ansuran. Biasa lah tu. Tapi bila dapat duit dari upah jahit kita boleh bayar lebih untuk cepatkan pembayaran ansuran kan?...

Inilah antara baju sekolah yang ditempah. Syukur alhamdulillah.











Terima kasih kepada semua pelanggan saya.

Setiap hujung bulan saya akan jumlah kan in / out dari pendapatan tempahan jahitan. Pada akhir tahun saya akan kira keseluruhannya. (Tak sia-sia mengikuti kursus usahawan belia dan sukan masa muda-muda dulu.) Ini akan lebih memberi semangat kepada saya untuk mencapai target pada tahun seterusnya. Tapi apa pun semuanya bergantung pada pelanggan. Jika pelanggan ramai maka banyaklah pendapatan.

Sebagai suri rumah kita kenalah bijak mengurus masa, menambahkan pendapatan, untuk meringankan beban suami dan merancang masa depan. Tapi yang bestnya jika kita banyak ilmu, sedikit sebanyak kita dapat gunakan dalam pelbagai cara.

Sebagai pengetahuan tambahan. Contoh boleh mengaji. So..apalah salahnya kita ajar mengaji pula untuk sampingan. Sambil-sambil menerima tempahan kita juga mengambil masa sedikit untuk ruang mengajar mengaji. Alhamdulillah...Tapi jangan pandai-pandai mengajar mengaji tanpa mendapat tauliah dari pejabat agama nati tak pasal-pasal pula. Pandai-pandailah usaha, jangan sampai menyusahkan diri.


inilah antara anak-anak jiran yang belajar di runah saya.Tak adalah ramai  (14 orang tapi syukurlah)


Ilmu jika di manafaatkannya insyaallah segala urusan akan dipermudahkan. Cuma amalan itu bergantung pada niat. Apa juga ilmu semua mendatangkan keuntungan sama ada untuk mendapatkan pendapatan atau sebaliknya malah bergantung pada diri sendiri mahu berusaha atau tidak.

Masa hidup jangan disia-siakan. Masa itu kan emas jika ada masa dan ada peluang belajarlah kerana satu hari nanti ilmu itu pasti akan berguna. Sama ada Ilmu untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain. Namun seandainya kita dapat menyampaikan pada orang lain manafaatnya lagi berlipat ganda, dunia dapat dan akhirat pun dapat. Siapa yang tak nak kan...Kecualilah mereka yang memang dah hidup senang.

Apa pun hidup ada perjuangan. Moga diri ini sentiasa bersemangat untuk berjuang begitu juga dengan anda yang kehendak sama seperti saya.


Terima kasih kepada semua pelanggan saya.


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas asas jahitan sila hubungi saya.

019-5600927

Insyaallah panjang umur dan ada waktu kita sambung semula di laman yang lain.

Selamat maju jaya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...