Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Terima kasih kerana sudi membaca blog Laman Seni JahitanKu. Saya harap anda telah pun membaca tajuk yang lain dalam laman ini.
Tajuk kali ini saya membawa anda mengulang kaji cara menjahit Tudung Awning Berdagu yang telah saya tulis dalam tajuk yang lepas. Terlebih dulu saya memohon maaf kerana cara mencantum tudung tersebut adalah salah. Jika anda prihatin anda akan perasan kesilapan tersebut. Namun tudung tersebut telahpun saya pakai dan ada yang menyatakan ia rekaan terbaru. He he he...Maklumlah kali pertama jahit tudung yang seperti ini tanpa ada contoh.
Cara menjahit yang sebenarnya ialah:
Sila lihat pada gambar di bawah.
Seperti biasa cara memotong adalah sama. Ketika anda mencantumkan kain seperti di bawah ini, kain untuk dagu anda letak kan di luar awning supaya bila di luar dagu berada di bahagian dalam.
Perhatikan kesilapan di bawah.
Ini adalah gambaran setelah siap. Namun setelah anda mencantumkannya pada kedudukan yang betul barulah nampak seperti di kedai atau butik.
Tudung ini saya telah memakainya dan memang terasa selesa.
Saya harap tajuk ini dapat memberi gambaran pada anda dan anda dapat memahaminya. Insyaallah kita akan bertemu semula dalam tajuk lain pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan