Isnin, 30 Disember 2013

Penat Menjahit Tapi Berbaloi


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Berkerja dengan kerajaan atau swasta jauh bezanya dengan berkerja sendiri. Berkerja dengan majikan kita rasa terkongkong dan susah untuk memohon cuti jika ada kecemasan dan sebagainya. Tetapi jika di bandingkan dengan berkerja sendiri jauh beza. Malah kita boleh buat sesuka hati kita bila kita mahu melakukannya. Jika kita mahu banyak incom kenalah berkerja keras. Ini kerana pendapatan adalah bergantung pada kecekapan, kerajinan dan kesabaran.

Contohnya, pada hari ini dua orang pelanggan saya telah bertanya bilakah tempahan mereka akan dapat. Pelanggan pertama mahu cepat kerana tak lama lagi musim sekolah akan di buka semula. Jadi faham-faham jela. Mestilah anak nak pakai baju sekolah yang di tempa. Manakala pelanggan kedua bertanyakan kain tudung berlapik dagu. Jadi apa yang terlintas dalam fikiran saya ialah, saya kenalah dahulukan yang paling penting, iaitu baju sekolah. Selepas itu barulah saya akan jahit kain tudung pula. Walau bagaimana pun kita kenalah memberi tahu kepada kedua-dua pelanggan jawapan dan kata-kata yang manis agar pelanggan sabar menunggu.

Tetapi jika sudah bayar kenalah cepat menyelesaikan tempahan. Jangan biarkan pelanggan menunggu terlalu lama takut nanti kepercayaan mereka pada kita akan hilang.

Menjahit sememangnya memenatkan , namun sangat berbaloi kerana modal yang sedikit, keuntungan pada diri sendiri dan keluarga. Apatah lagi seandainya kita menjahit di rumah. Sambil melakukan kerja rumah kita juga boleh menjahit bila ada masa yang terluang. Malah tak perlu minta cuti atau sebagainya kerana kita bos dan kita jugalah pekerja.

Ramai kaum wanita yang berkerjaya sanggup berhenti kerja kerana desakan masalah keluarga. Mereka mengambil keputusan berkerja sendiri seperti berkerja di rumah untuk menambah pendapatan. Ini kerana mereka dekat dengan orang tersayang dan senang menguruskan rumah tangga. Bagi mereka yang mempunyai ramai anak, mereka akan terbeban dengan upah menghantar anak ke nurseri, masa bersama dengan anak, mala jika berkerja di luar kawasan terpaksa meninggal kan anak dan sebagainya.

Setelah berfikir panjang mereka belajar sesuatu yang boleh dilakukan di rumah setelah berhenti berkerja kelak. Kerana jika hanya menjaga anak dan makan minum suami semata-mata adalah tidak berbaloi. Jika gaji suami angka 3 mungkin bolehlah di pertimbangkan. Tetapi bagi mereka yang suami bergaji rendah mereka kenalah lakukan sesuatu bagi menambah pendapatan demi membantu meringankan beban suami. Apatah lagi di zaman sekarang kenaikan harga barang makin menjadi-jadi.

Sesetengah orang juga walaupun mampu, mereka masih lagi mengisi masa untuk mendapatkan pendapatan kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dengan pendapatan tersebut. Mereka dapat membantu orang lain yang memerlukan, contoh keluarga, golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Bukan ke itu satu amalan yang baik dan menjadi simpanan untuk akhirat.

Pada zaman sekarang wanita sangat berfikiran panjang mahukan masa depan yang cerah. Walaupun suami bergaji tinggi mereka tetap mempelajari sesuatu untuk mengisi masa dan merasa senang seandainya mempunyai pendapatan sendiri.

Banyak ilmu di luar sana menunggu anda untuk mempelajarinya. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Bergantung pada anda mana satu menjadi pilihan. Semuanya di hujung jari anda.

Antara ilmu tersebut ialah, menjahit, memasak, mengaji dan sebagainya.

Jadi tuntut lah ilmu.

*Jom bersama saya belajar asas menjahit*.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...