Jumaat, 13 Disember 2013

CARA MENJAHIT TUDUNG AWNING DAN BERLAPIK DAGU

Tudung

Tudung ada bermacam gaya. Ada yang murah dan mahal. Tudung pendek, tudung bulat dan tiga segi 4 segi. Tudung bawal, tudung fareeda tudung awning yang di pelbagaikan. Wanita juga sentiasa inginkan gaya yang baru. Ada yang nak tudung pendek, tudung bawal, tudung awning berlapik dagu dan macam-macam lagi.

Jika anda berminat nak jimat ke, nak belajar jahit tudung sendiri ke, untuk bisnes ke, anda bolehlah cuba cara ini, insyaallah di permudahkan. Apa pun niat anda moga semuanya tak lari dari kerana Allah.

Tudung ini saya menggunakan kain leycra. 1 meter1/2 kalau nak labuh, sebab selalunya mereka yang nak tudung ada lapik dagu nak tudung labuh saiz xxl bagi orang dewasa. Jadi kalau nak saiz kecil 1 meter pun boleh.


Cara-caranya:

Pertama

Ini bahagian tudung. Kain dilipat dua dan gunting mengikut ukuran yang anda kehendaki. Selalunya saya menjadikan kain tudung saya yang dah siap tekap di atas kain dan gunting mengikut ukuran.


                                      

Kedua:
Ini bahagian awning.

Ketiga:
Awning yang anda gunting tadi. Dah di seterika pengeras.

                                     

Keempat:
Ini bahagian lapik dagu.

Kelima:
Lapik dagu di jahit ke muka tudung ( bahagian dagu)


Keenam:
Awning dan lapik dijahit keliling 


Ketujuh:
Jahit jelujur awning dengan lapik dagu di bahagian muka tudung.


Kelapan:
Jahit dengan mesin

Kesembilan:
Nampak dah mula jadi

Ke sepuluh:
Jahit tepi

Ke sebelas:
Siap daaa....

Inilah gambaran dari tepi.


Akhir sekali inilah mukanya.




Inilah gambaran setelah siap. Agak-agaknya saiz apa?...Xl

Saya harap cara menjahit tudung awning berlapik dagu ini dapat membantu anda menambah ilmu dalam bidang jahitan dan sekali gus mungkin menambah pendapatan anda setelah membacanya. Ini adalah asas yang sangat mudah. Jika anda berminat sila hubungi saya untuk lebih lanjut.

019-5600927

Panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi di laman yang akan datang.

SELAMAT MENCUBA...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...