Rabu, 1 Januari 2014

Mahalnya Upah Menjahit


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita bertemu semula dalam tajuk yang baru.


Kali ini saya nak kongsi dengan anda betapa seronoknya pandai menjahit. Bukanlah tujuan menunjuk-nunjuk bahawa saya ini hebat atau sebaliknya, namun hanya berkongsi minat dan ilmu. Sejak 2 tahun yang lalu saya mula aktif dengan menerima tempahan. Walaupun pendapatan bulanan tidak menentu tapi alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana mempunyai wang poket sendiri.

Alhamdulillah, hari ini dua pasang lagi kain yang baru sampai untuk di tempah jahit. Suami dah mula bising bunyi merajuk sebab si isteri terima tempahan jahit baju kurung tapi si suami pula hantar tempah jahit baju kemeja batik kat luar. Saya seperti terdiam sekejap tak tahu nak jawab apa. Memang betul apa yang suami kata dah lah upah kat luar mahal.  Alangkah seronoknya jika saya berkeyakinan menjahit baju kemeja kain batik. Bukan apa takut kalau tersalah jahit nanti tak cantik jahitannya. Maklumlah dah lama tak jahit baju kemeja.

Walaupun banyak lagi yang saya kurang mahir tentang jahitan tetapi saya tetap bersyukur mempunyai ilmu asas jahitan. Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai ilmu semua cara jahitan, mestilah pendapatan bertambah malah dapat jimat kerana tidak menempah di luar. Apatah lagi upah menjahit sekarang telah pun meningkat, kerana kenaikan barang dan kos hidup yang meningkat.

Saya yakin ramai wanita di luar sana berminat untuk mengetahui asas jahitan malah mungkin ada yang bercadang mempelajari ilmu menjahit untuk menambah pendapatan. Namun mereka mungki tidak mempunyai ada masa untuk belajar dan bermacam halangan. Bagi mereka yang berminat dan mempunyai masa untuk belajar, pergi lah menuntut ilmu, kerana mungkin sekarang anda tidak nampak keperluan ilmu tersebut namun satu hari nanti anda akan merasa sangat-sangat beruntung kerana mempunyai kemahiran menjahit.




Inilah 2 pasang kain yang baru sampai hari ini menunggu untuk di jahit.

Seronok kan tahu menjahit?..tak menang tangan nak siapkan tempahan yang sentiasa ada. Bayangkan jika satu pasang baju kurung rm30 x 10 pasang, dah rm300 kan. Dapat 10 pasang dalam sebulan pun syukur lah kan? Sapa yang nak bagi macam itu je. Malah kalau kita mempunyai pelbagai kemahiran, boleh jahit tudung, kemeja, baju melayu dan lain-lain. Wow! Ilmu yang sangat-sangat berbaloi kan. Walau bagaimana pun tak semua wanita minat menjahit. Tapi rasanya tak seronok lah jadi wanita kalau langsung tak reti menjahit. Pandai jahit yang koyak pun jadilah.

Seorang pelanggan saya berkata, ketika meminta saya ke rumahnya memasang mesin jahit, yang dah lama dia beli tapi tak reti pasang. Katanya nak belajar menjahit sebab senang nak jahit yang koyak. Sekurang-kurangnya tak adalah yang koyak pun nak upah orang.  Kain yang koyak pun ada upahnya.

Seorang rakan saya memberitahu bahawa upah menjahit baju kurung sekurang-kurangnya rm30. Saya juga pernah bertanya di sebuah butik tentang harga upah jahit baju kurung je rm 40. itupun semuanya jahit dengan menggunakan mesin. Wow! maknanya upah saya terima sebelum ini rm27 kira murah sangat lah itu. Dah lah kita jahit sembat, jahit mata lalat, letak span dan poket.

Apa yang penting, apa pun yang kita lakukan kenalah lakukan dengan rasa seronok supaya kita merasa tenang dan gembira dengan apa yang kita lakukan dan bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi.


Insyaallah seperti biasa, jika panjang umur dan di permudahkan segala urusan, kita jumpa lagi di lain tajuk. Aamiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...