Selasa, 7 Januari 2014

Baju Melayu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah sekali lagi saya dapat menulis entri yang bertajuk baju melayu. Semoga anda semua di dibawah rahmat Allah yang Maha Pengasih.

Sepertimana yang kita ketahui baju melayu sangat terkenal di kalangan orang melayu mahupun bukan melayu. Baju melayu selalunya di pakai pada hari Raya Aidilfitri dan aidul adha. Selain daripada hari tersebut para Muslimin khususnya orang melayu akan memakai baju melayu pada hari istimewa iaitu hari Jumaat penghulu segala hari.

Baju melayu banyak terdapat di kedai-kedai butik, pasar malam dan sebagainya. Rekaan yang di pelbagaikan, harga pula ada yang mahal dan ada yang murah bergantung pada kualiti dan jenis kain. 

Antara gambar baju melayu.



Baju melayu leher seperti baju kurung asli perempuan.




Gambaran ketika mencantum.




Lakaran bahagian belakang baju melayu berkolar.



Sekiranya anda ingin mencuba menjahit baju melayu, saya sarankan anda jahit baju melayu yang tidak berkolar dahulu. Setelah anda mahir barulah cuba jahit baju melayu yang berkolar.

Untuk pengetahuan anda dalam tajuk ini saya tidak menerangkan secara lengkap cara menjahit dan memotong. Jika anda berminat sila hubungi saya untuk membuat tempahan setiap baju yang anda kehendaki.

Terima kasih kerana sudi melayari laman ini.

Selamat mencuba.





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...