Selasa, 7 Januari 2014

Cara Mengukur Baju Melayu


Assalammualikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Sekali lagi kita bertemu dalam entri yang bertajuk carta ukuran baju melayu. Ini adalah cara kita menjahit baju dengan mengikut carta ukuran yang sedia ada. Selalunya jika pelanggan anda datang ke rumah, anda boleh mengukur badannya, tetapi jika anda menjahit baju untuk dijual anda boleh mengikut ukuran yang sedia ada. Sekiranya pelanggan anda jauh, maka anda perlu meminta ukuran daripada pelanggan anda dengan merujuk cara mengukur atau mengukur sendiri.

Ada di antara tukang jahit yang menawarkan pelbagai cara menempah. Jika pelanggan mereka di luar kawasan, pelanggan perlu memberi ukuran badan, jenis baju yang di jahit, jenis kain serta alamat. Ini memudahkan bagi pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk keluar mencari tukang jahit. Malah hanya menunggu baju siap tersebut sampai di rumah.

Adapun mereka yang menjahit cara banyak dan menjual secara borong mereka akan mengikut carta ukuran ini untuk di jadikan panduan. Cara ini lebih mudah dan baju juga sama ukuran mengikut saiz di pasaran.







Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan lebih jelas anda boleh hubungi saya untuk membuat tempahan cara mudah, murah dan cepat.

Selamat mencuba.



1 ulasan:

  1. Terima kasih info yang cukup bagus..sy ABDR juga, singgah di http://dalilayusof.blogspot.com/ kalau de masa. Saya share di fb yer

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...