Isnin, 6 Januari 2014

Kurung moden

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrohmaanirohiim

Alhamdulillah, hari ini saya nak kongsikan tentang baju kurung moden. Baju kurung moden ada bermacam gaya di pasaran. Ia di jahit mengikut kemahiran tukang jahit untuk mencipta rekaan dan mengikut  kemahuan pelanggan. Baju kurung moden selalunya suka di pakai oleh mereka yang suka memakai pakaian bergaya.
Baju kurung moden selalunya sendat dan menampakkan bentuk badan si pemakai.
Manakala kain baju kurung moden juga banyak rekaan. Ada yang lipat depan, susun belakang, beropol dan bermacam lagi.

Walau bagaimana pun baju kurung moden ini boleh di pakai oleh mereka yang bertudung labuh, sekiranya bentuk baju dan kain di longgar kan supaya tidak menampakkan bentuk badan.

Seperti mana baju-baju yang lain cara asas jahitan anda perlu  mengukur dan melukis di kertas kuning sebelum anda tekap di atas kain untuk di gunting. Cara ini adalah bertujuan agar kain tidak lari dari garisan semasa anda memotong.



Di sini saya tidak menyediakan cara memotong atau cara mengukur dengan lengkap. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari ilmu jahit baju kurung moden anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Perhatian:

Sekiranya anda teringin menjahit saya harap ilmu yang saya sampaikan ini tidak di salah guna. Ilmu baju kurung moden ini saya berharap anda tidak menjahit untuk mereka yang mahu memakai pakaian yang sandat. Ini kerana saya tidak mahu menanggung dosa kerana mereka memakai pakaian yang menimbulkan subahat. 

Moga segala ilmu yang kita kongsi bersama mendatang kan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

Jika anda berminat sila hubungi saya untuk tempahan pola setiap baju yang ada.

Selamat mencuba.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...