Selasa, 14 Januari 2014

Masalah Kita

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang masalah-masalah yang kita hadapi ketika berkerja di luar ataupun berkerja dengan majikan.

Sepanjang apa yang saya perhati ketika berkerja dahulu dengan perbezaan kerja sebagai suri rumah. Sekarang saya merasa aman dan seronok melakukan kerja dengan selesa dan  tenang. Saya hanya mengikut jadual yang saya sediakan. Jika ada ruang yang kosong saya akan mengisi jadual dengan perkara-perkara berfaedah. Tidak ada perasaan seperti terburu-buru dan perasaan takut jika kerja tidak selesai dan sebagainya. Sekiranya ada kerja yang perlu di percepatkan saya hanya menumpukan kerja tersebut hingga selesai barulah kerja-kerja yang tidak perlu di percepatkan. Jika letih saya akan berehat sebentar barulah meneruskan kerja yang lain kerana tidak ada sesiapa yang nak marah kerana kita lah pekerja dan kita lah majikan. Mahu dapat untung lebih, kerja lah dengan lebih.

Ada pun jika di bandingkan ketika saya berkerja dengan majikan dahulu banyak perbezaannya. Apa yang jelasnya bekerja di luar macam-macam masalah yang kita hadapi. Selain dari letih yang sememangnya semua orang tau kerja apa yang tak penat dan tak mempunyai masalah. Masalah dengan majikan, masalah dengan rakan sekerja, masalah dengan pelanggan, balik rumah berdepan pula dengan anak-anak dan suami. Jika di bandingkan dengan sebanyak-banyak masalah, masalah yang manakah yang sangat-sangat kita geruni?...Masalah dengan majikan?..dengan rakan sekerja?..masalah dengan pelanggan atau masalah dengan anak-anak dan suami?...

Setiap masalah sememangnya memberi kesan pada kita. Samada terhadap kerja kita, emosi,dan sebagainya. Masalah inilah yang membuatkan kita berkerja tak seronok, tak aman dan sebagainya. Sebagai contoh jika bermasalah dengan rakan sekerja. Ada rakan yang mengumpat kita, memfitnah dan memulaukan kita. Ada pula rakan yang mementing kan diri sendiri, rakan yang membuli dan sebagainya. Masalah yang berlanjutan seperti mengata dan memulaukan kita adalah perkara yang sangat-sangat memberi kesan pada kita. Sehingga balik ke rumah masalah tersebut masih kita terbawa-bawa hingga anak-anak dan suami menjadi sasaran kemarahan atau tempat kita melepaskan marah.

Keesokan harinya berdepan dengan rakan sekerja lagi. Apatah lagi jika hanya bertugas berdua sahaja. Bagaikan kata orang *ada malaikat lalu*. Sepanjang waktu berkerja hanya membisu kerana masing-masing ego. Masalah seperti ini sangat memberi kesan hingga ada yang sanggup berhenti kerja atau memohon pertukaran tempat kerja kerana sudah tidak sanggup berdepan dengan situasi sedemikian. Sewaktu majlis perpisahan pula tidak ada salam maaf atau sebagainya, kerana masing-masing mengaku dialah yang betul.

Adakalanya menunggu bulan puasa, hari raya Aidilfitri baru memohon kemaafan tapi hanya pada mulut. Selepas hari raya mulakan aktiviti lama, dengan membuka nota baru mengumpat dan sebagainya. Sangat mengerunkan. Ada sahaja kesalahan orang lain yang kita nampak tetapi kesalahan sendiri tidak di sedari. Adakalanya hari ini kita umpat rakan kita, esok hari rakan kita pula yang mengumpat kita. Pusing-pusing itu sahaja kerja harian. Saling mengumpat hingga lupa pada kerja yang sepatutnya tugas dia tetapi orang lain yang kena buat, dah asyik mengumpat kerja pun tak buat. Orang seperti inilah yang pembawa perkara nagetif. Kita pula kerana takut hilang rakan dengar jela. Siapa yang rugi dan seksa kita juga. Bila nak sedar akan kesilapan dan bila nak berubah tunggu jela. Itulah kata-kata yang sering kita dengar. Demikianlah sifat-sifat mereka yang berkerja dengan rasa ego jauh dari sifat sederhana, sifat pemaaf, dan sifat-sifat yang baik. Nau'zubillah.

Begitu juga  dengan sifat suka menunjuk-nunjuk. Mereka hanya mahu dia sahaja yang lebih hebat dari orang lain. Berebut-rebut membeli benda yang sia-sia. Setiap bulan ada sahaja barang order yang menjadi rutin bulanan.Selepas membeli barulah meluahkan kata-kata, duit dah habis dan sebagainya menjadi bahan bicara. Hingga tidak ada masa untuk muhasabah diri dan melihat orang sekelilingnya yang bermacam-macam situasi kehidupan kerana masalah. Mereka lupa bahawa setiap rezeki yang mereka dapat ada bahagian orang lain. Maka hidup kaya bertambah kaya kerana lalai dengan dunia. Inilah yang dikatakan jika kejar dunia maka hanya dunia sahajalah yang mereka dapat. Kelak bila menghadapi kesusahan barulah tersedar sebentar dan ingat pada yang Khaliq.

Tetapi bila kita berkerja di rumah jika ada yang tak puas hati, sekurang-kurangnya kita tak berdepan dengan mereka-mereka yang mempunyai sifat-sifat seperti ini. Jauh daripada mendengar dan melihat perkara yang nagetif. Apatah lagi terikut-ikut dengan sifat seperti ini. Alhamdulillah.

Pendek kata hidup hanya singkat. Ajal  maut, rezeki, jodoh semuanya ketentuan Allah yang patut disyukuri. Hidup bermasyarakat, saling tolong menolong , saling bermaafan, saling tegur menegur demi kehidupan yang harmoni. Jauhkan diri dari perkara yang tidak berfaedah. Sentiasa melihat pada mereka yang kurang dari kita, mengambil masa untuk menilai baik buruk diri.

Kita bergaduh, bertengkar, berkelahi, bertengkar dan bercerai-berai kerana dunia. Kita hanya beriya-iya dengan dunia, kita banyak berfikir pada dunia tetapi kita jarang mahupun kurang beriya-iya pada akhirat.

Orang berilmu dapat mulia,
di kurnia Allah yang Esa,
hidup mulia didalam dunia
mendapat taufik serta hidayah-Nya

Ilmu dituntut hendaklah mahir
biarpun anak menteri dan wazir
hati yang gelap dapat berfikir
orang yang jahil menjadi fakir

( Nasyid melayu )

Yang baik segalanya dari Yang Maha Esa, yang kurang dan silap itu  adalah kerana saya sebagai hamba-Nya.

Wallahua'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...