Isnin, 6 Januari 2014

Pesak Gantung


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilllah sekali lagi kita bersua dalam tajuk yang baru. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Kali ini entri saya hanya pendek dan simple kerana hanya mahu menerangkan secara ringkas mengenai Kurung Pesak Gantung. Walau bagaimana pun saya berharap penerangan yang ringkas ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu anda yang teringin mempelajari ilmu asas cara menjahit.

Sebenarnya cara memotong baju kurung ini adalah tidak jauh bezanya dengan baju kurung asli. Hanya beberapa bahagian sahaja yang berbeza.

Gambaran cara memotong baju Kurung Pesak Gantung.

Bahagian yang sama dengan kurung asli:

1. Bahagian tangan.
2. Bahagian leher.
3. Bahagian panjang baju.
4. Lebar bahu
5. Lebar ketiak
6. Lebar lengan

Bahagian yang tidak sama dan mungkin anda mahu ubah caranya.

1. Bahagian pesak yang pendek sedikit daripada kurung asli. Kerana kekeknya lebih panjang.
2. Bahagian pesak boleh belah dua seperti kurung aslu atau tidak belah.
3. Bahagian Kekek ( kekek kurung asli 4 segi ) tetapi kekek kurung pesak gantung panjang.

Saya memohon maaf kerana mungkin cara penerangan kurang memuaskan hati anda. Apa pun jika anda berminat untuk menempah pola baju tersebut sila hubungi saya.

Insayaalah kita bertemu semula di tajuk yang lain. Semoga Allah sentiasa memberi saya kekuatan dan idea untuk di manafaatkan bersama anda.
Aamiiin.

Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...