Assalamualikum dan salam sejahtera
Ini adalah cara untuk jahit leher baju melayu Johor. Cara dia sama sahaja bila nak cantum bahagian leher. Kemudian gunting sedikit pada tempat yang anda cantumkan leher tadi. Hati-hati jangan sampai tergunting pula benang jahitan. Lihat gambar dibawah. Ada sedikit di gunting kan?..Tujuannya ialah supaya kain mudah di jahit dan tidak berkedut. Selalunya bila saya cantum leher, barulah saya gunting kain dan tinggalkan sedikit, barulah saya sembat.
Sembat pula ada dua cara saya buat, iaitu dengan sembat kain leher dilipat. Satu lagi caranya ialah sembat seperti baju kurung. Tetapi jika nak lebih cantik atau kemas kenalah gunting kain leher tersebut dan lipat semasa jahit sembat.
Langkah pertama. Cantum leher dahulu.
Dalam gambar dibawah kain leher lebarnya 1 inci. Tapi jika anda mahu sembat berlipat, anda bolehlah gunting kain 1 inci tersebut menjadi selebar 1/2 inci ye. Kalau tak gunting jadi 1/2 inci nanti tak kemas pula.
Gambar kat bawah ni sama je dengan kat atas tu.
Langkah kedua: Lepas cantum gunting sedikit kain leher seperti penerang diatas.
Langkah ketiga: Barulah anda lipat dan sembat menjadi seperti gambar dibawah.
Gambar kat bawah ni pula bajunya saya jahit tapi lupa nak tangkap gambar masa jahit leher seperti gambar diatas. Bila siap nanti jadilah macam ni.
Selamat mencuba....
Assalam sis pakai mesin jahit jenis apa tu ye
BalasPadam