Khamis, 14 Ogos 2014

Langsir Skirt Menara Berkembar


Bismillahirohmanirohiim

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Alhamdulillah kita bertemu semula dengan ilmu yang tak seberapa ini. Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana cara menjahit langsir Skirt Menara Berkembar. Manalah tahu jika anda faham cara jahit ni mahu pula anda mencubanya kan.

Baiklah langsir ni saya cuba praktikkan di rumah yang kami tinggal sekarang. Masa kita orang duk dalam rumah ini, rel besi tingkap dan pintu dah di buka oleh tuan rumah yang tinggal  dulu. Nak di jadikan cerita, kita ni pula taknaklah membazir wang sebab bukannya tinggal selamanya kat sini. Jadi guna jelah apa yang ada. Tingkap pun langsir guna dawai  khas untuk langsir. Jika anda tak tahu dawai macamana, anda boleh tanya kat kedai. Saya sendiri beli di Pasaraya Mydin. Maknanya rumah kampung pun boleh pakai langsir sebegini, cuma tak kelihatan cantik sebab dawai tak dapat mengangkat kain langsir seperti besi rel.

Contoh langsir Menara Berkembar.












Langkah Pertama:

Ukur Lebar tingkap: Contoh A 50 inci + 4 inci ( basi ) C 2 inci kiri dan C 2 inci kanan = 54 inci.
Bahagian ini untuk kain atas ( dalam gambar warna puple ). Manakala labuh pula lebih kurang sama dengan labuh pengeras putih untuk langsir. Kalau taknak pakai pengeras putih tu, bolehlah lipat 2 inci dan kemudian jahit . Bahagian c 2 inci lipat dan jahit.

= Kain Pertama






Langkah kedua:

Dapatkan 4 keping kain berukuran sama panjang dan lebar.

= Kain kedua.














Langkah ketiga:

Susunkan kain keempat-empat keping dan gunting mengikut ukuran.

A  55 inci, B 20 inci dan c 8 inci.

= Kain kedua di gunting dan cantum satu persatu.














Langkah keempat:

Kemudian cantumkan keempat-empat kain tersebut menjadi satu ke arah kiri.

= Gambaran kain kedua arah kiri setelah di cantum.











Langkah kelima:

Buatkan lagi 4 keping kain sama ukuran seperti diatas, cuma kali ini secara terbalik kearah kanan.
Setelah siap, cantumkan kedua-dua kain kearah kiri dan kain kedua arah kanan. Pinkan dahulu barulah jahit. Setelah itu barulah cantumkan pada bahagian kain pertama tadi. Setelah siap di pin kedua keping kain tadi, bolehlah anda lipat bermula dari tengah. Lipat kearah kiri dan kearah kanan dan pin kemudian bolehlah jahit. Setelah itu anda jahit di bahagian kain pertama di atas.

= Kain ketiga arah kanan.











Selamat mencuba......






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...