Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Antara tempat menarik di Melaka.
Setelah dua kali pergi ke Melaka, kali ini pergi ke Melaka rasa tak seronok langsung. Apa taknya pergi pada 31hb ogos, hari kemerdekaaan. Dah sedia maklum hari cuti, mesti jem dan parking penuh. Inilah kali pertama ke suatu tempat berpusing-pusing mencari tempat parking tapi langsung tak dapat turun dari kereta untuk bersiar-siar menikmati tempat yang cantik. Kebetulannya kami pergi menghantar sepupu yang di terima bertugas di sebuah kolej di Melaka. Memandangkan semua orang penat, terutamanya tuan pemandu yang mula keletihan, mencari alamat Kolej yang hendak dituju pada awal pagi juga telah beberapa kali sesat, tapi akhirnya selasai pencarian. Niat di hati nak bawalah mereka berjalan-jalan di bandar Melaka. Tapi sampai jam5.30pm kami masih lagi pusing-pusing mencari parking dengan jem yang sangat teruk. Setelah kami mengambil keputusan untuk balik sahaja. Kami balik tanpa dapat membeli satu barang mahupun ole-ole.
Balik ke Johor pula, tiba di lebuhraya tiba-tiba pula jem lagi. Pelik kenapa pula jem, tadi ok je. Berlumba-lubalah kereta lain menggunakan laluan kecemasan. Rasa geram pula, yela orang lain pun nak cepat juga. Mereka ni antara orang yang pentingkan diri sendir dan menyusahkan oerang lain. Dalam hati kalaulah ada Polis kat depan tu....tiba-tiba je kerata yang guna jalan kecemasan itu mulalah menyelit nak masuk balik kejalan biasa. Patutlah..rupa-rupanya ada polis ronda kat depan dan tak semena-mena tiba-tiba bomba datang dari arah jalan kecemasan. Rupanya depan sana ada sebuah bas hangus terbakar dan bomba sedang menjalankan tugas mereka. Terdetik dalam hati, hah!..kan mereka yang menggunakan jalan kecemasan ni betul-betul menyusahkan orang. Laluan yang sepatutnya menjadi laluan yang tidak boleh digunakan tetapi mereka masih degil.
Sampai di rumah ( Kulai ), jam10.30pm. Penat tak terhingga dalam kereta, lebih-lebih lagi sang suami menjadi pemandu. Kesihan-kesihan.
Insyaallah ada rezeki boleh bawa mereka kesana lagi. Namun dalam hati tak nak dah pergi masa cuti umum.
Apa nak buat bukan rezeki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan