Ahad, 17 Ogos 2014

Sarung Bantal Simple


Bismillahirohmaanirohiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Inilah sarung bantal simple yang saya jahit hanya kerana mahu habiskan kekabu yang saya beli setahun yang lalu. Kira lama juga kekabu tu terbiar. Bila lihat kain lebihan juga agak banyak saya pun terpikirlah nak buat bantal. Daripada nak beli bantal yang harga agak mahal tapi pakai tak sedap kat kedai baik buat sendiri. 


Apa yang saya lakukan ialah saya ambil sarung bantal yang ada kat rumah untuk dijadikan contoh. Belek kiri kanan dapatlah juga siapkan walaupun simple. Inilah aktiviti saya jika ada masa saya akan buat mengikut mood. Nak tahu juga ke cara nak jahit?... 


Dapatkan dua kain, sama lebar cuma panjang lebihkan dalam 7 inci. Anda juga boleh tambah kain yang lain warna untuk mencantikkan sarung bantal anda. Lihat gambar terakhir di bawah ni...nampak pelik sedikit kan tapi comel juga kalau kena dengan warnanya. Ini jelah kain lebihan yang ada kat umah. Jadilah....












































Gambar kat bawah ini pula, saya buat untuk bantal untuk kerusi kereta depan. Bantal untuk leher. Adalah juga tempat sandaran leher nanti...he he he...lihat jelah sebelah kain lain sebelah lagi lain. Takpelah..dapat juga berjimat dari beli kat kedai kan. Ini juga lebihan kekabu bantal yang saya buat sendiri. Jika anda nak cuba jangan lupa jahit getah supaya senang anda masukkan di kerusi kereta anda nanti.
















































Selamat mencuba.....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...